Followers Remaja Purba

Sunday, August 28, 2011

2 Hari Sebelum Raya 2011

PAGI..

Janji dengan k.Hema dan dua anak dara kat TDBi ni pukul 8 pagi nak keluar pergi shopping dan nasib baik aku sedar walaupun dah memang terlajak untuk sahur..

Lokasi tujuan:
Pasar Pagi Shah Alam..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun jalan agak sesak di sekitar Stadium Melawati Shah Alam, parking pun agak jauh.. Dari pukul 8.30 pagi sampai dekat pukul 11 pagi kitorang di sana.. Shopping sakanlah walaupun banyak berjalan dari membeli..

Dari baju, kasut, tudung, hiasan dan bahan basah untuk rendang siap sudah..

Lokasi seterusnya:
Nobita Klang Sentral..
Kat sini pulak tambahan pada baju yang tak jumpa kat pasar pagi tadi.. Aku belikan sepasang sorang baju untuk dak kakak dan dak adik.. Bersyukur aku takdelah sampai nak pitam, pinggang pun takdelah meragam.. syukur sangat-sangat..


PETANG:
Hubby, atok dan rakan-rakan TDBi jalankan operasi bakar lemang dan nasi impit tin susu.. Sesi bermula dari pukul 3 petang sampailah lepas berbuka dan masih lagi belum siap ketika entry ini dibuat.. Keseluruhan lemang hampir 80 batang..

Jangan cemburu ye.. Aku dah rasmikan dulu cicah dengan rendang ayam pencen..
Gambar akan diupload kemudian.. cerita dulu bagi korang teruja.. ;)

La ni aku nak jalan-jalan jenguk korang kejap ye..




psstt: Sesi pembakaran duit bermula.. mercun + bunga api..

17 comments:

Namee Roslan said...

bakar duit setahun sekali during raya day :D hehe, selamat hari raya lagi! :) saya masih takde mood raya nih! :') baca blog akak, datang sikit mood!

nelly said...

Nelly The Strange nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA !
:)

gedek! said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, aizamia3

risa said...

salam aiza...selamat menyambut lebaran dan maaf zahir batin ye sayammm..

Mommy Fara said...

Wow! 80 batang? Gotong royong eh? Bape keluarga dpt lemang tu? Seronoknya....

Nini Hartini said...

meriahnya bakar lemang ramai2. masak utk semua penduduk TDBi ke?

putribongsu said...

Selamat Hari Raya ! Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di hari raya ni.. ^^

amry said...

salam..first time singgah sini dari blog bro sahrom......selamat hari raya idilfitri maaf zahir batin.....

hati terlonjak nak mai sini sebab terpandang Subaru yang menawan tu..tapi gamabr kocik la plak..huhuhuhu

aizamia3 said...

Namee Roslan:
takpe.. teruskan baca blog akak ye.. ;)
cuma masih belum ada ruang masa nak upload gambar..

aizamia3 said...

nelly:
samalah kita..
selamat hari raya.. ;)

aizamia3 said...

gedek:
selamat hari raya uncle..

aizamia3 said...

risa:
k.risaaaaa..
i miss you damn so much..
selamat hari raya kak.. muaahhh2..

aizamia3 said...

Mommy Fara:
yup.. gotong-royong..
dalam 12 family dapat dan lebih kurang 6 batang satu family.. ;)

aizamia3 said...

Nini Hartini:
tak semua join Tini.. ada yang dah balik kampung awal..ni biasa pada siapa yang nak join je.. ;)

aizamia3 said...

putribongsu:
selamat hari raya dear.. ;)

aizamia3 said...

amry:
terima kasih sudi singgah..
selamat hari raya..
feeret kereta tu... ;)

Mr Lonely said...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...