Followers Remaja Purba

Thursday, December 1, 2011

Bulan Terakhir Tahun 2011

Syukur Alhamdulillah kita masih dapat bersama-sama mengharungi tahun 2011 dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kepada yang telah tiada marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah..


Hari ni hari pertama aku kembali memilih waktu bekerja 8am - 5pm.. Moga aku mampu harungi hari-hari seterusnya tanpa masalah.. InsyaAllah..

Kenapa?
Memandangkan sekarang ni musim cuti persekolahan maka kuranglah sikit sesaknya dan lagipun bermula tahun depan dak Kakak akan memulakan pembelajaran beliau di sekolah baru. Ini yang aku ambil sedikit kesempatan yang ada..


BULAN DISEMBER ini juga buat hidup aku rasa tak tenang pada awalnya.. Sepatutnya 5hb. ni dak Adik akan menjalani pembedahan tonsil tetapi Doctor menghubungi aku pada hari Selasa lepas memaklumkan pembedahan dak Adik perlu ditangguhkan kerana ada pesakit yang lebih urgent memerlukan pembedahan pada tarikh tersebut.

Maka aku perlu hadir selepas Krismas nanti untuk dapatkan tarikh baru. Aku berharap sangat segalanya selesai pada tahun ni sebab tahun depan dak Adik akan memulakan persekolahan beliau tapi apakan daya, kita hanya merancang Allah yang menentukan..

Ini kali kedua pembedahan untuk dak Adik ditangguhkan. Takpelah.. mungkin ada hikmahnya.. dan aku turut bersyukur cuti yang aku dah apply untuk sepanjang minggu depan aku boleh gunakan sebaiknya untuk tahun depan.. syukur kepadaNYA..


Mood yang ceria di pagi hari..




psstt: Korang dah start membeli-belah keperluan sekolah anak-anak? Aku belum lagi..


psstt lagi: dah malas nak ingat pari bakar tu.. kita tukar menu lain pulak.. ;)


last psstt: Teringin nak balik kampung.. dah lama rasanya tak balik kampung.. :(

36 comments:

  1. Mudah2an Adik akan mendapat jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah tonsilnya.

    Terlalu cepat masa berlalu - 2011 hampir ke penghujungnya. Pakaian sekolah anak2 belum beli lagi, tunggu dapat bonus nanti. :)

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanyer berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  3. iols pun blom membeli-belah keperluan anak2 nak ke sekolah....

    ReplyDelete
  4. semoga apa yg dirancangkan brjln dgn lancar..

    ReplyDelete
  5. Anak kita pun ade tonsil.. Sabar ya..

    Persiapan sekolah lom mula lagi..

    Semoga dipermudahkan urusan awak ya.. dan selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  6. pernah alami kene operate tonsil..sakit tak boleh nak makan..hukhuk..semoga lepas buang tonsil tu nnti kurangler sikit sakit

    ReplyDelete
  7. ...spital. Pelik! Nak menangguh aje kejenya. Harap dipermudahkan segala urusan.

    Sy pun teringin nak blk kmpg. Dah lama tak blk. Rindu gak!

    ReplyDelete
  8. insyaAllah...ada hikmahnya tu knp ditangguhkan..ape pun smoga akak dan anak2 semua sihat ye

    ReplyDelete
  9. kakcik:
    insyaAllah..
    moga akan ada suatu berita gembira buat dak Adik..



    pena rozie:
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  10. miloais:
    dah banyak gedung membeli-belah jual pakaian seragam sekolah, geram rasanya, macam nak pakai je.. hehehe..


    Mrs.Eady:
    itulah yang ai harapkan.. insyaAllah.. ;)

    ReplyDelete
  11. Oh Oeya:
    begitulah hendakNYA.. insyaAllah..


    Rosniena:
    walaupun dak Adik belum menjalani pembedahan tu tapi risau sebab takde pengalaman macam mana nak handle selepas pembedahan tu nanti..

    ReplyDelete
  12. fazrulnoor:
    .. yang dikongsi bersama en. suami.. ;)

    ReplyDelete
  13. Fara:
    tak taulah.. dah dua kali tangguh, mungkin dorang fikir kes dak Adik bukan kategori RED category..

    itulah.. dah lama tak balik kg.. rindu sangat2..

    ReplyDelete
  14. Munnafendy:
    terima kasih munna.. ;)

    ReplyDelete
  15. kampong awak bukan area klang ke?????

    ReplyDelete
  16. semoga pembedahan akan berjala dgn lancar dan sembuh dengan cepat...

    tula mmg cept masa berlalu kan.. erm.. dah xnk ikan pari bakar? dah patah hati ker? hehehehe

    ReplyDelete
  17. wakaka lama tak datang sini sey.last datang rasanya April or Mei yang lepas...#jujur kan.

    alamak takde anak ag cam ne nk beli persiapan.:P

    ReplyDelete
  18. sahromnasrudin:
    kampung ai kat N9 + Melaka.. ;)

    ReplyDelete
  19. QueeN TerataI:
    bukan patah hati, takde hati dah nak rasa.. ;)

    ReplyDelete
  20. Pendamba Mawar:
    hehehe.. kelakar.. jawapan yang jujur..

    takde anak tapi duit yang ada boleh simpan untuk akan datang.. ;)

    ReplyDelete
  21. Lagi bimbang sampai baby dalam perut semakin besar, adik belum lagi setel. Kesianlah kecik-kecik nak operation. Ngilu kakak...

    ReplyDelete
  22. dun worry,pas operate tu boleh makan bubur je,then makan ice cream or ice time nk makan,kasi tekak tu kebas..tekak je sakit..badan takde pape..heheh,seminggu dah recover dah.tapi pastikan jangan batuk.mintak ubat batuk dari Dr utk elakkan tekak bleeding

    ReplyDelete
  23. salam kenal dan salam folo sini
    tq sebab adik sudi datang blog akak
    bab tonsil ni, akak pernah kene dan dr dah suggestkan operation tapi punyalah takut.. akak makan antibiotik je da bleh baik, mungkin adik tu bleh baik makan antibiotik je koot sbb tu dr asyik tangguh, cuba dapatkan 2nd oppinion.. seramlah kecik2 dah kene opperate...

    ReplyDelete
  24. semoga segala urusan dapat dipermudahkan...

    ReplyDelete
  25. azam:
    slow and steady je.. cukup masa siaplah kelengkapan anak2..


    Kakzakie:
    itulah.. risau jugak dan lagi best ada 2 appointment tahun depan untuk dak Adik jatuh masa ai dalam pantang.. sadis sungguh..

    ReplyDelete
  26. Rosniena:
    moga semuanya berjalan lancar nanti.. sabarlah dikau wahai hati..

    ReplyDelete
  27. aimaniman:
    terima kasih atas pandangan akak. moga selamat semuanya nanti..

    ReplyDelete
  28. akhir2 tahun macam ni lah rasa macam nk perabis duit semua. hehe. year end sale lah katakan. tp musim hujan...lg syok tidoo :D

    ReplyDelete
  29. Moga adik selamat menjalani pembedahan dan pulih sepenuhnya.
    Akak tinggal sorang je lagi anak yang bersekolah rendah..belum beli apa2 pun lagi.sama lah kita.

    ReplyDelete
  30. terharu aku bace entry ni.
    tabahkan semangat k der

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum...moga semua yg kita rancangkan dpt berjln dgn baik yer Aminnn...:)

    ReplyDelete
  32. ditangguhkan? aduii, harap boleh bertahan.. semoga adik akan cepat2 sembuh ya.. harap semuanya baik2 saja..

    Salam

    Ada masa singgah dan bagi pandangan tentang template blog saya ya. Terima Kasih

    ReplyDelete
  33. nasib bek belom ada anak.... so, xpayah pikir pasal persiapan sekolah.. hahaha

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...