Pukul 3 setengah pagi masih belum tidur.. rasa macam pukul 3 petang pulak.. Tengok tv, basuh baju, nak tidur tapi mata tak mengantuk..
Pagi tadi..
Bangun pagi, tolong hubby buat masak lodeh + rendang ayam.. Ini bagi tetamu yang datang di pagi raya.. Buat pertama kalinya, tahun ni aku tak balik ke Selatan.. Pagi-pagi lagi dah syahdu call mak ayah, mak sedara, pak sedara.. Sedih sangat aku rasa tak dapat beraya bersama mereka..
Tapi.. tetap bersyukur masih ada jiran-jiran yang tidak pulang berhari raya sama-sama menyambutnya dengan saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain..
Sesi menternak lemak bermula.. Kalau sebelum tu berat aku turun 5 kg, dah masuk musim raya ni aku tak tahulah berapa pulak kenaikan kg tu nanti..
Tema aku bagi tahun ni warna JAMBU.. Bukan sebab peminat JAMBU tapi ada dalam satu persembahan JAMBU tu buat aku tertarik dengan warna tersebut.. Lawaaaaaa... Gambar..? Sabar.. sebelum dan selepas raya sekali aku masukkan..
Duit raya.. siapa datang beraya dapatlah tapi khas untuk anak-anak jelah.. mak dengan bapak budak tengok jelah ye..
Petang raya.. Hubby dengan anak-anak ke rumah atuk dan nenek sementara aku kat rumah dah tak larat. Tak cukup tidur pun ye, perut dah sebu pun ye..
Sementara nak tunggu family hubby datang, aku date kejap dengan orang hijau kat pondok depan rumah.. Semenjak pondok ni dah diupgrade, tengah panas pun takpe sebab dah ada kipas.. aircond je tak mampu tak masukkan.. hikhikhik..
Oklah, aku nak datang beraya kat rumah korang.. Menu apa yang korang jamu ye..?
psstt: Nenek sedara pergi ke Serdang la ni.. oh! Nekkkk.. cepatlah balik.. cucumu ini tak sabar nak makan rendang daging nenek yang pedas tu.. tekak ni yang gatal nak, perut ok je.. ;)
akak, saya nak gak duit raya~ lalala~
ReplyDeletesalam aidilfitri...maaf zahir batin ye akak~ :)
orang hijau tu ape kak?
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin diharap berbahagia ngan family dimana jua ai berada ye.
ReplyDeleteselamat hari raya! :D wah berjalan beraya! seronok nya. hehe, rendang macam2 jenis. nenek saya masak rendang mamak, kata nya without kerisik. em rasa dia pun xbest sgt. hehe :P
ReplyDeleteSelamat HAri RAya Aidilfitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan... :)
ReplyDeletesalam aidilfitri :D
ReplyDeleteSunah Sakura:
ReplyDeleteNak duit raya.. mai datang umah..
abdul hadi abdul muti:
ReplyDeleteorang hijau tu maxis.. hehehe..
Cik Ina Do do Cheng:
ReplyDeleteselamat hari raya.. ;)
Namee Roslan:
ReplyDeleteseminggu ni makan lauk raya helah jawabnya..