Followers Remaja Purba

Friday, November 25, 2011

Perjalanan Semalam..

Sinopsis kisah semalam:

Pagi: Sarapan di P.J
Tengahari: Lunch di Klang Sentral
Petang: Makan buah di pondok depan rumah
Malam: Dinner di Kapar


Kisah disebaliknya:


Alhamdulillah syukur apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar.

PAGI:
Mendaftar di PPUM untuk further check up. Rutin bulanan akan bermula pada bulan depan.. moga ibu mengandung ini tiada masalah hendakNYA.. amin..
Perjalanan seterusnya adalah ke sekolah dak Kakak – urusan pertukaran sekolah anak. Selesai di Sek. Keb. dan SRA dak Kakak, maka urusan seterusnya adalah di JAIS dan PPD, Klang dan akhirnya di SRA baru dak Kakak nanti. Walau penat tapi syukur proses yang kami lalui tak sesukar mana. Cuma di PPD aku kena hadir balik hujung bulan depan atas arahan pihak PPD.

situasi si Sek. Keb. dak Kakak..


TENGAHARI:
Sesi menghabiskan duit – beli barang keperluan rumah. Bertambah penat badan jadinya.. rehat sambil lunch di Klang Sentral. Nasi Ayam Lemon dia memang sedap.. ke sebab aku memang dah lapar..?


PETANG:
Hubby pergi bengkel kereta repair kereta, kes aku cium-cium sayang body lori minggu lepas, walau kemek dia sikit je tapi dah tak lawa awek hubby aku tu.. Kali pertama aku cium kenderaan orang lain.. aduh..
Sementara tu aku lepak kat pondok depan rumah makan buah rambutan, lewat petang pulak dapat makan bubur nasi k.Lela buatkan sebab semalam aku mintak.. memang tak malu betul.. hahaha..


MALAM:
Dinner kat Kapar dengan anak-anak.. dak Kakak yang request suruh amik gambar.. aku layankan aje.. berselera dorang makan.. maklumler pagi kena tinggal kat rumah jiran, petang puas main.. dah penat main, laparler dorang..



dak Kakak dan dak Adik.. ketika makanan belum sampai

antara menu yang di order..


HARI INI:
Penat semalam tak hilang lagi..




psstt: Bulan depan aku akan lebih kerap bercuti..


psstt kali: Pagi tadi, lif kat rumah pengasuh rosak, maka anak-anak kuhantar dengan pandangan mata naik ke tingkat 10.. Nampaknya balik nanti aku tunggu je kat bawah kalau lif masih tak ok lagi..


last psstt: Baru sempat nak update blog la ni.. belum sempat nak jelajah rumah korang lagi..

22 comments:

kakcik said...

Masa bujang dulu, kakcik pernah duduk selama lebihkurang 4 tahun di tingkat 10, Flat PKNS. Bebewrapa kali lif rosak, selamba je turun naik tangga dengan kasut tinggi. Berat masa tu cuma lbhkurang 49 - 50kg je. Sekarang? Ampunnnn.....

QueeN TerataI said...

huhuhuhu.. jauhnya perjalanan... hehehehe... lebih kerap bercuti knpnyer?

aizamia3 said...

kakcik:
sebelum ni bukan tak pernah buat turun naik tangga bila lif tu rosak cuma dalam keadaan sekarang mungkin tidak..



QueeN TerataI:
semalam hari yang benar-benar memenatkan..
bulan depan cuti sebab anak-anak.. nanti ai kongsikan.. ;)

Zulfikar Hazri said...

apasal dak kakak pindah sekolah?

Kakzakie said...

Kalau tengok gaya insya-allah bila deliver kelak mudah. Aktif bagus tapi jgn penat sangatlah...

Dak Kakak comellah macam filmstar cantik... ikhlas nie.

aizamia3 said...

Zulfikar Hazri:
sebab dah duduk kat tempat sekarang ni, lebih mudah untuk dia ulang-alik ke sekolah..



Kakzakie:
insyaAllah kak.. saya pun berharap begitu dan terima kasih kata dak Kakak cantik.. hikhikhik..

Anum said...

jauhnya perjalanan

aizamia3 said...

Anum:
dulu di PJ je.. sekarang dah pindah, maka semua urusan kenalah turut pindah.. ;)

Fara said...

Comelnya dak abang ngan dak kakak! Mata kuyu tu seksi tau. Ikut sape tu?
Hiks~

Munnafendy said...

duduk klang la akak lepas ni eh? jauh la nmpknya...xpe la akak, bykkan lg bjalan tu,sng sikit bsalin nnti.

tp jgn dibuat turun naik tgkat 10 skg ni!

munna said...

TINGKAT 10?..PENANTNYA NAK MENDAKI TANGGA... COMEY KAKAK DAN ADIK TU

aizamia3 said...

Fara:
dorang ikut mata en. suami.. kalau besarkan mata pun tetap sepet.. hikhikhik..

aizamia3 said...

Munnafendy:
jauh dari tempat kerja sekarang tapi tidak anak-anak.. dorang dekat sikit dengan sekolah..

eemm.. turun tangga dari tingkat 10 takpe.. naik tak larat dah..

aizamia3 said...

munna:
huhuhu.. tak larat nak naik.. anak-anak je yang naik..

comey.. hikhikhik.. tq tq..

Gen2Merah said...

wah, persiapan anak2 utk persekolahan tahun hadapan yee... semoga semuanya akan berjalan lancar yee..

ORLANDO AHMAD said...

skang ni klang berbeza betol kan, sejak jalan die bertukar Gua asik sesat sokmo

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

dh mengandung mistilah x larat nk naik turun tangga..:)

Saiazuan said...

fuuhh bznya.. klu dpt tdo, tdo puas2 :D

ariana said...

Gambar kakak dan adik je ke..mamanya mana..:)

Tingkat 10? wah..tingginya bila lift rosak lah..kalau ada lift tak rasa tinggi..hihi

aizamia3 said...

Gen2Merah:
a'ah.. tinggal untuk Sek. Keb. je kena tunggu hujung bulan depan baru selesai pertukarannya..


ORLANDO AHMAD:
boleh tahan sesaknya, tapi ai tinggal kat Meru, jauh dari bandar Klang tu..


Rina AVAIL a.k.a Cik Betty:
nasib baik balik kerja petang tu dah ok..

aizamia3 said...

Saiazuan:
ada peluang mesti rehat, bagi lega sikit badan yang keletihan..


ariana:
bila lif tak berfungsi, tanggalah yang perlu dipanjat.
buat masa ni cukuplah dulu gambar dak Adik dengan dak Kakak.. ;)

Namee Roslan said...

hehe, leceh juga kena tukar2 tapi untuk kemudahan kita. itu yg terbaik kan kak. akak, jaga diri elok2. jgn buat keja berat2 :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...