Followers Remaja Purba

Wednesday, October 19, 2011

Apa yang sinonim dengan Federal Highway?

Entry meluahkan perasaan secara berhemah.

Petang semalam..
Lepas dah hantar dak Kakak ke rumah nenek dia, aku dengan dak Adik terus balik rumah. Kalau kelmarin jalan cuma sesak di Susur Subang menuju ke NKVE tapi semalam, mau menangis dibuatnya.. Mengadu pada hubby, dia cakap tentulah jalan sesak sebab kan ada game kat Stadium Shah Alam.. tapi bagi aku sesak semalam luarbiasa ya amat..


Korang bayangkan kejap..
Dari 6.45 pm hingga 7.48 pm
Lokasi aku – NPE ---> Federal Highway ---> Susur Subang sampai tol ke NKVE.. GILA..!!


Aku..?
Dari layan movie Chipmunks sampai dak Adik merengek nak dengar lagu boboyboi dengan kuat dalam kereta. Punyalah sabar dan redha.. sampai aku turut nyanyi sama.. Aku dah tak peduli kalau orang dok tertoleh tengok..


Dak Adik..?
Time hujan mestilah sejuk kan.. Time tu ler dak Adik nak kencing.. aduh..! Mana celah aku nak berhenti ni.. Kiri kanan depan belakang takde ruang kosong langsung.. Nasib baik, syukur sangat-sangat ada pampers kat dalam kereta.. terpaksalah dak Adik pakai pampers.. Bayangkan.. tengah sesak bagai tu aku sempat lagi pakaikan dak Adik pampers.


Dah namanya hujan.. emm.. faham-faham jelah.. mesti ada accident.. Kat laluan motor ada accident, kat tetengah federal pun sama, baru berlaku depan mata pun ada.. Tapi syukur mereka yang terlibat dengan accident tu takde pape..

Penat.. usah cakaplah.. kalau tak kuat semangat mau meraung menangis kat situ nak melepasi kesesakan tu.. Bila dah masuk je NKVE, depan mata dah nampak katil kat umah je ni.. Tak tekan brek dah.. memang fokus sefokus-fokusnya sepanjang highway tu..


Lepas tol Setia Alam.. dok leka layan cucuk angin kereta depan aku sampai aku lupa nak beli ice cream kat McD.. badan letih pun ye.. takpelah.. lain kali ada lagi..

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah kat pukul 8.15 pm.. dan dak Adik pun sempatler aku suapkan makan kat rumah k.Hema.. hai.. adik.. bertuah badan.. ramai mak kat TDBi ni ye dik.. Terima kasih jugak pada k.Hema sebab layan kerenah dak Adik..


Lepas clear kan apa yang patut, tidur time.. Piala Malaysia, malas tengok – tidur lagi baik..




psstt: Kenapalah Selangor boleh kalah.. kalau menang, puas gak hati aku ni, takdelah geram sangat hadap jalan sesak malam tadi.


psstt lagi: dari tol Subang ---> tol Setia Alam = 6 minute.. (begitu juga sebaliknya).. anda percaya..??


last psstt: Buat yang bertanya.. Aku tak menyepikan diri cuma aku penat + sedang melawan keadaan diri yang belum stabil..

39 comments:

bujal X said...

kemain pecut~~keh keh~~

aizamia3 said...

bujal X:
nak kejar katil.. kihkihkih.. ;)

Izwa Kamaruddin said...

huhuh..cucuk angin yg tak tahan tuh!mmg rider!

faraherda.razalan said...

Seram mengenangkan Federal Highway. Tetiap pagi, sy stress menghadap traffic kat Federal. Tension!

Anum said...

hehehhe, patut le

Prince Halilintar said...

hari2 sesak....

tapi mmg hebat la..sempat buat mcm2 dlm satu mase kan..

Anonymous said...

ganu best!!!...haha...

jalan jamm mmg menension kan...huhuhu

to my blog - Acapsuur (>,<)

aizamia3 said...

Mrs.Eady:
gara-gara buat macam tu sampai lupa ice cream kat McD.. huhuhu..



Fara:
Pagi ai tak terasa sangat sebab ikut jalan lain, balik kerja fuh.. nangis.. :(

aizamia3 said...

Anum:
nak buat macam mana.. kena tahan dan kuatkan semangat je sekarang ni..



Prince Halilintar:
tu takde pilihan namanya.. nasib baik dak Adik peneman sepanjang jalan sesak tu..

aizamia3 said...

asyrafNAKjadiLEBIHbaik:
tahniah buat Ganu tapi sedih Selangor tewas.. :(

lagi stress bila sedang 'bawak perut' hadap jalan sesak..

Kakcik Seroja said...

Bila jalan sesak, masa itu pulalah kadang2 nak ter...ter....

PinKy MoMMa said...

federal memang terkenal ngan jem nyer larling..hehe tak pe bola itu bulat..mungkin bukan rezeki selangor..peteh ganu peteh ekekeke..larikkk

Unknown said...

xsuka...jem yg amat lah.....

paling tak suka kan??

aizamia3 said...

kakcik:
syukur pampers jadi penyelamat.. ;)

aizamia3 said...

PinKy MoMMa:
nak tunggu tak jem time pagi raya je.. hikhikhik..

takdelah fanatik sangat kat Selangor tapi biasalah bila time kita suka team tu, kalah pulak.. alahai..

NM02 said...

sebut federal hway

terus rasa nak pitam

kahkahkah

Kakzakie Purvit said...

Lepas dari jem terus pecut tak toleh lagi. Tapi leganya macam org sesak nafas baru dapat bernafas semula:)

azian said...

aizamia3...
mmm....tak suka kat KL kl jem...ingat lagi masa cari parking kat sogo dekat 2jam...huhuhu...

ahad ni pg tak???heheheh

aizamia3 said...

azam:
semalam antara yang paling teruk.. :(

aizamia3 said...

NM02:
itu baru sebut.. kalau hadap mau pengsan terus.. huhuhu...



Kakzakie:
betul kak.. betul tu.. ;)

aizamia3 said...

azian:
teringin nak pergi tapi tak berani nak janji.. kena tengok pada kesihatan diri dulu..

Dr K said...

semalam memang jem gila. Ayah saya dari UPM nak ke rumah saya, almost 3 jam! Padahal kalau tak 45 minit dah sampai. Betul, jem sebab bola.

pena rozie said...

X suka jem....

ariana said...

Sib baik Kuantan tak jem sgt..tp kalau sesekali ke KL mmg stress huhu..

ayin mm said...

ohhhh... ingatkan cerita hantu. kekekekeee

miloaiskurangmanis said...

federal hiway terkenal dengan kesesakan yg tak hengat donia...

kalo boleh - memang avoid lah guna jalan tu....

ainhany said...

oooo ingt federal ingat jem..
tapi semalam jem bersebab...kira diterima dik akal laa..

tpi federal best..jika takda kereta..hihii

anumuchan said...

mmg tension kalau jam kan..huhuu.xde rezeki selangor la tu..isk2

emarieys said...

tetiba sampailah surat saman..hehehe

aizamia3 said...

Daddy Ziyyad:
fuh.. nasib baik gak minyak kereta separuh tangki.. kalau tak.. huhuhu..


pena rozie:
terpaksa hadap jugak.. :(

aizamia3 said...

ariana:
betul kak.. bila ada peluang balik kampung bestnye tapi bila balik je KL balik serabut kepala..



ayin mm:
oh.. cerita je takpe jangan jumpa.. kuikuikui..

aizamia3 said...

miloais:
kalau boleh.. tapi tak boleh sebab itulah laluan hari-hari nak balik rumah.. :(


ainhany:
kalau time takde kereta pulak, ada yang jenis pandu laju tak hengat..

aizamia3 said...

frometoyou:
semalam confirm yang hadap jalan jem tu stress sangat2..

macam tak percaya je selangor boleh kalah malam tadi..

aizamia3 said...

MamaEma:
oh.. janganlah hendakNYA..

Kancil 8349 said...

lajunya sampai 6 minit...barangkali kalau kancil baru 20 minit..hehehe

Namee Roslan said...

sgt lah stress bila jammed. rse nk tidur je sambil driving. hehe :) sian dak adik kena tencin dalam pampers. alolololo :D

aizamia3 said...

Kancil 8349:
itu sebab dah terlampau penat hadap jalan sesak malam tu..



Namee Roslan:
betul Namee.. stress penat dan nasib baik perut tak meragam.. kesian jugak kat dak Adik..

Unknown said...

setakat ni, rekod jem Federel highway yg paling mengarut adalah 2 jam!!


kalau drive boleh sampai ipoh dah...


takde sebab jam, cuma sebab exit nak naik jambatan pulau pinang (LDP) tu je...


lepas kena yg tu tobat... terus guna NKVE je balik s.alam

Niena Muhammad said...

^.-

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...