Followers Remaja Purba

Thursday, May 4, 2017

Ayah Accident


Kisah Ahad lepas..

Malam tu aku dapat panggilan telefon dari paklong aku.

"Along.. ayah kau accident. Sekarang ni ambulance dah bawak ke hospital. Along pergilah tengok ayah tu." Terkedu tak terkata aku mendengarnya.

Memandangkan dah lewat malam, hanya selepas chef Hubby balik kerja baru kami dapat pergi melawat ayah di Kecemasan, Hospital Ampang. Anak-anak..? Kutinggalkan di rumah dijaga oleh dak Kakak. Nasib baik dak Nuha tak meragam nak ikut.


Di Hospital..
Ayah bagitahu yang ayah pitam waktu memandu motor. Terlanggar belakang van tapi syukur takde kenderaan yang ikut rapat di belakang ayah. Bahagian anggota badan sebelah kiri ayah yang teruk.

Kesan kecederaan yang ayah alami - patah jari tangan kiri, peha berjahit selain dari luka-luka di badan dan muka. Dua hari ayah di tahan di hospital kerana keadaan ayah yang belum cukup stabil.


Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan ayah dan memberikan pertolongan awal kepada ayah. Bantuan anda semua amatlah dihargai. Juga kepada semua kakitangan dan Doctor di Hospital Ampang yang merawat ayah.. Terima Kasih banyak-banyak..



StatusHati: Aku geram + sakit hati bila orang tak berkenaan sibuk nak ambil tahu.



9 comments:

FeyLiez said...

Allahuakbar... semoga ayah aiza kembali pulih ye..

Mellya Musa said...

semoga ayah sis cepat sembuh ya..

norhidana miswan said...

moga ayah akak cepat sembuh....

Mar Mansor said...

moga ayahnya cepat sembuh...
JanjiKita

makchaq said...

Allahuakhbar..
Patah tu yang susah.. orang tua patah ni lambat nak baik..

norey said...

Semoga cepat sembuh..harap bersabar dengan dugaan ini..

Kak Aya said...

Assalam Ai...salam blogwalking..

Mummydearie said...

Moga ayah Aiza cepat beransur sembuhnya. Mahu tak cemas kalau dapat panggilan seperti ini, rasa macam nak hilang separuh nyawa!

LYAfrina said...

Alhamdulillah..mujur x de y serius berlaku.
Hrp ayah dh smbuh n beransur baik..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...