Followers Remaja Purba

Tuesday, May 30, 2017

Tak nak pergi klinik, nanti kena jahit


'Ibu, Nuha tak boleh menguap.'

Macam mana nak menguap kalau tepi mulut dengan tepi matanya cedera gara-gara jatuh tersembam balik sekolah hari Khamis lepas. Keluar dari van sekolah, dia boleh berlari nak balik ke rumah pengasuh. Sudahnya.. haa.. bertanda tepi mata dengan tepi mulut dia..

Tapi semangat dia kuat bila tanya esoknya nak pergi sekolah tak? Mestilah dia nak pergi sekolah sebab ada sambutan hari guru sekolahnya.

'Takpe.. Nuha ok.. Nuha boleh je pergi sekolah tapi Nuha tak boleh menguap.' Aduh.. Nuha.. Nuha.. geleng kepala aku dibuatnya.


Itu kisah hari hari Khamis lepas.. yang ni pulak kisah hari Ahad lepas..

'Nuha.. jom ibu bawak pergi klinik.'
'Tak nak.' Sambil geleng kepala.
'Kenapa tak nak pergi klinik?'
'Nanti kena jahit.' Sambil dia tunjuk kesan melecet dekat muka dia.
'Hahaha.. Takdelah. Muka Nuha ok. Ibu nak bawak Nuha pergi klinik sebab Nuha kan tak sihat.'
'Owh.. ingat nak kena jahit.'
Nuha.. nuha.. tersenyum aku dengan kerenah dia..


Muka budak jatuh atas jalan tar dekat rumah pengasuh.


'Meh.. Nuha.. Ibu nak ambil gambar Nuha nak send dekat kawan ibu.'

'Ibu jangan send gambar yang lebam ni tau, ibu send sebelah ni je..' Merujuk kepada bahagian sebelah lagi muka dia..

Hailaa.. anak.. ada je ragam dia.. kihihkih..
La ni tiap hari dia suruh letak cream 'cantik' aku dekat muka dia.


StatusHati: Romeo India November Delta Uniform awak..!!



3 comments:

  1. nsb skit je nuha oi... nnti cantik semula...


    apa lah di kerjanya berlari sampai jth gitu.. pastu pandia lak tu menjwb... tau tkt ngn doktor

    ReplyDelete
  2. ala luka pun comel lah dia ..dah besar sgt dah dia.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...