Followers Remaja Purba

Friday, April 21, 2017

Peristiwa cemas di Gambang Water Park



Bila tiba musim cuti persekolahan anak-anak pasti gembira. Mula membayangkan destinasi mana nak dituju. Bagi tidak menghampakan permintaan anak, satu destinasi menjadi pilihan anak-anak.


29 November 2016
Satu entry yang dah lama terperam baru terasa dikongsikan di sini.

Percutian ke rumah kakak sepupu di Kuantan menjadi pilihan kerana lokasi yang berdekatan dengan tempat yang dipilih oleh anak-anak. Cuma sepanjang percutian tersebut hujan menjadi peneman kami. Biasalah hujung tahun.. musim hujan pula masa tu.


Menjadi kebiasaan aku yang akan menyiapkan kelengkapan apa yang perlu..


Berhenti rehat..
Masa ni kesian chef Hubby takde peneman..
Semua dalam kereta terbongkang tidur termasuklah aku..
Lewat malam kami sampai di rumah kakak sepupu aku di Kuantan..



ESOKNYA..
'Selamat Datang ke Bukit Gambang Resort City'


Kami main terjah je masa ni.. takde beli online pun tiketnya


Tapi ada hikmahnya tak beli awal, ada satu family ni dah beli tiket tapi tak nak masuk sebab hujan cuba menjualnya kepada mereka yang bertandang termasuk kepada kami. Alhamdulillah rezeki anak-anak, dia jual murah dari harga yang dia beli.


Anak-anak tak sabar nak mandi-manda walapun hujan masih tak berhenti..


Jangan kata anak-anak, mak budak pun sama..

Turut bersama kami, anak-anak my SIL turut serta..


Tak banyak gambar kenangan disebabkan hujan..


Apa yang cemas sangat di Gambang Water Park tu..?
Kisahnya bila anak-anak dara nak main pelampung mengeliling kawasan berair yang ada, dak Nuha pun turut serta. Tak sempat nak halang dari dia ikut dak Kakak.. Dah jauh sedikit menangis takutkan kedalaman air tu. Gara-gara terlepas pegangan pada pelampung tersebut, dak Nuha terjatuh ke dalam air yang dalam itu. Panik sekejap aku.. Syukur keadaan sempat dikawal oleh dak Kakak dan kakak sepupunya..


Lepas dari kejadian tu..
Langsung tak nak berada di dalam air, walau paras air hanya setakat lutut beliau..
Jenuh jugak nak memujuk supaya dia seronok dengan air, kenalah Babah dia turut serta..
Tak berapa seronok nak main sebab hujan..
Menggigil anak-anak tapi semua enjoy..



Tengahari..
Bye bye Gambang Water Park..
Next time kita mandi dekat tempat lain pulak..


Malamnya pulak..
Jalan-jalan cuci mata di tepian pantai Kuantan..
(Aku lupa nama tempat yang aku pergi ni sebenarnya)



Dalam perjalanan balik teringin nak lalu di pintu gerbang ke Terengganu..
Entah kenapa aku cukup suka sangat dengan kawasan tu..

Chef Hubby layankan je kerenah aku..


Nak lalu kat sini je..


Dan pusing balik..


Singgah membeli keropok di sini..
Aku suka yang baru direbus, panas + sedap..



Alhamdulillah..
Selamat tiba di rumah my SIL..
Sweet je tengok kerenah anak-anak..



StatusHati: Cuba elakkan percutian musim hujan..



13 comments:

  1. klu rietta pown panik akk....dah la jauh dr kita...naseb baik xde pape....pndai kakak dan kakak sepupu dia selamatkan keadaan....

    ReplyDelete
  2. uiisshhh sapa tak panik kan... liez pun penah dengan qaseh...mcm mana boleh dia tergapai-gapai dlm kolam kanak-kanak pun tak tahu la.. padahal kaki cecah lantai tu... terus dia trauma dekat 6 bulan jugak dia takut nak g pool..hihihihi

    ReplyDelete
  3. syukur dak nuha selamat

    gambar last tu comel hehehe

    ReplyDelete
  4. Heheh main hempap2. Yang bawah sekali tu rasa paling berat.

    ReplyDelete
  5. nsb la dak kakak cpt bertindak... kalu tak haru jgk kan

    ReplyDelete
  6. Kesian Nuha.. serik la tu...
    Jangan phobia air pulak lepas ni.. susah nanti nak pi berkelah

    ReplyDelete
  7. Anak akak pun pernah jadi macam tu. Berderau darah mak kejap. Nasib la kakaknya pantas tolong selamatkan. Dia terjatuh kat kolam dalam tu masa jalan jalan kat tepi pool. Hii seriau. Tak mau igt dah

    ReplyDelete
  8. Pernah sekali ke Gambang. Tapi dah lama dah. Kalau hujan tak de petir tak pe jugak kan Aiza, boleh lagi mandi.

    Hihi....nape tak dipakaikan pelampung kat lengan je dak Nuha tu. Selamat sikit

    ReplyDelete
  9. Pernah sekali ke Gambang. Tapi dah lama dah. Kalau hujan tak de petir tak pe jugak kan Aiza, boleh lagi mandi.

    Hihi....nape tak dipakaikan pelampung kat lengan je dak Nuha tu. Selamat sikit

    ReplyDelete
  10. CH pernah pergi Gambang ni..
    Retreat ofis ajer..
    masa tu musim panas..
    mmg happy lah sebab semua boleh main..

    Kena hati2 dgn anak2 kecil takut juga lemas..
    Alhamdulillah semua ok ye Aiza..

    ReplyDelete
  11. Mmg dlm laluan pelampung tu.. Lya pom pernah lemas situ..siap terhantuk dinding tu.. Eh..ehh..gerbang birubtu dh msk kemaman.. Rmh lya ats skit dr gerbang tu..ke simpang kiri dkt trafficlight..


    Klo bln 11, beloh pantai timur mmg hujan .. Jd, better dtg bln jan-sept..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...