Followers Remaja Purba

Thursday, May 25, 2017

Ragam si Bongsu


Kisah malam tadi..

'Ibu, ibu sepit tangan Nuha.. ibu..'
Merengek-rengek dia minta aku lepaskan tangan dia..

'Nuha, bukan sepit tapi himpitlah..'
Aku sengaja himpit tangan dia bawah badan aku..

'Nuha, lepas ni Nuha tidur dalam bilik dengan kakak ye.'
'Nape pulak? Nape tak boleh tidur dengan ibu?'
'Ibu nak tidur dengan Babah je.'
'Alah.. nak tidur dengan ibu jugak.' Sambil dia peluk erat badan aku. Bukan takat tangan, dengan kaki dia pun naik dekat badan aku.. kihkihkih.. Punyalah dia tak nak tidur berasingan dari aku.


Si bongsu ni ragam dia lain macam sikit. Payah sungguh nak asingkan tempat tidur. Nak berkepit jugak dekat celah ketiak kita. Sudahnya Babah dia yang rimas tengok. Aku ni tak sampai hati nak paksa dak Nuha tidur asing dari aku. Biarlah.. selagi dia rasa nak tidur dengan aku, tidurlah.

Bila tengok anak-anak membesar depan mata, rasa puas hati sebab dulu masa zaman aku kecik, aku tinggal dengan arwah Wan dan Atok aku di kampung. Jadi aku tak nak anak-anak jauh dari aku dan paling penting anak-anak utamakan aku dulu.


Apa-apapun.. moga dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha membesar dengan sihat dan tidak memberi masalah pada aku dan Babah korang. Jangan bagi ibu stress ok.. yang penting.. dengar cakap ibu dengan Babah..



StatusHati: Menghitung hari untuk bulan Ramadhan.


1 comment:

norhidana miswan said...

nk wat camne kak... anak bongsu msti lain mcm dia punya manja tuh

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...