Followers Remaja Purba

Sunday, May 21, 2017

Piala FA - Kedah vs Pahang


Perbualan dengan dak Nuha petang semalam:

'Nuha.. Nuha sokong team mana? Team hitam putih ke hijau kuning..?'
'Hitam putih.. ibu?'
'Ibu nak hijau kuning sebab favourite color ibu hijau kuning.'
'Ok, malam ni kita tengok siapa menang..'


Perbualan dengan dak Adik pulak:

'Tapi ibu.. kenapa kita tak boleh tengok dekat stadium?'
'Babah keje, kalau Babah cuti bolehlah kita pergi tengok dekat Stadium.'


Manakala dengan dak Kakak:

'Tengok dekat rumah je senang.. boleh tengok sambil baring.'
'Tapi tak boleh buat bising macam dalam stadium.'
'Lain kalilah ibu kita tengok dekat stadium.'


Sudahnya:
Dapat tengok bumbung #StadiumShahAlam pun jadilah.. sanggup si ibu layan kerenah anak-anak hadap jalan sesak petang semalam semata-mata nak puaskan hati anak-anak.


Saja nak tambah kesesakan jalanraya di Stadium Shah Alam


Kami tumpang lalu je..


Semangat kesukanan..
Tak dan nak ambil gambar penyokong Kedah..



Malam tadi..

Mula-mula semangat aku menontonnya bersama anak-anak tapi bila lagi 10 minit nak habis perlawanan, makin kuyu mata ni.. 'tu yang nak tengok dekat stadium..?' Hahaha..

Akhirnya..
Tahniah Kedah di atas kemenangan menjuarai Piala Fa melawan Pahang kali ni.

Aku..?
Macam biasa.. sokong team yang menang..



StatusHati: Berehat di rumah bersama anak-anak..



7 comments:

PeRdU cINta said...

Tahniah untuk pasukan Kedah..

norey said...

Semangat kesukanan...mmg meriah..kdg jem pun sanggup..
btw tahniah pada pasukan yang menang..

lieyalatif said...

jiran sebelah lieya org kedah...ya Allah gamat gile mlm tu...tedengar dieorg tepekik2....seronok dengar...team kami dah kecundang awal dok diam2 jek aa hahahaahah aduh jdt!

norhidana miswan said...

semua teruja nk tgk kt stadium yek...

dana pun tak penah2 tgk sampai abis, rasa mcm layan lak tgk bola mcm aritu

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat kedah. Berjaya kali ni.

Jobdirumah Buat Duit said...

Akhirnya kedah juara. Tahniah buat team Kedah.

SalbiahM said...

tengok kat stadium ni best kalau team tu kita betul-betul mionat je..kalau tak, tengok dari rumah cukuplah

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...