Followers Remaja Purba

Saturday, October 1, 2011

Malam Minggu Datang Lagi

Pasti ada yang menantikan kehadiran malam minggu..

Dapat berjalan bersama family mahupun kawan-kawan..
Tempat..? Dah tentu yang strategik.. masa untuk melapangkan fikiran..


Cerita pasal malam minggu..

Petang tadi aku pergi pasar malam Puncak Alam.. Pasar malam dekat rumah tak pandang.. nak pergi yang jauh.. ni gara-gara nakkan nasi ambeng.. Aku beli satu je.. itupun dah cukup banyak.. Lupa nak amik gambar.. Bila dah dapat.. hubby dan anak-anak yang makan, aku sekadar rasa.. Nasib baik beli satu je.. Takdelah membazir..

Kalau sebelum ni sampai K.L aku cari steamboat, kali ni hubby takde masa nak layan kerenah aku.. sebab..? Inilah puncanya..



Hubby yang sedang buat major operation ke atas motor atok.. yang kat belakang tu dah bukak tapi bila nak buat.. ntah.. Aku.. tengok jelah sambil layan lappy sambil tengok cerita favourite aku.. Dari NCIS LA ke Hawaii Five-0.. Walaupun ulangan tapi aku sukee.. best..

Aduh.. tak selesanya nak online.. tak tahu nak duduk gaya macam mana dah gara-gara kekenyangan..

Aku makan apa..? Sekerat jagung rebus, air kelapa, buah epal sebelah dan jamah nasi ambeng.. kenyang sangat-sangat.. petang tadi makan nasi kat rumah atok sedara tapi tak sempat hadam dah keluar balik.. Hari ni perut taknak bekerjasama dengan tekak..


Anak-anak..?
Lepas makan.. mana lagi.. kat luar rumahlah.. Cukup time masuklah dorang tu..



psstt: Baru teringat.. apam balik tak makan lagi.. ops.. hubby ada.. nanti habislah tu.. hikhikhik..

Nota kecik: Aku belum sempat nak jenguk jengah blog korang.. bagi aku masa ek.. Keadaan tak mengizinkan sebab aku dah tak selesa..

16 comments:

Namee Roslan said...

hehe, masing2 ada aktiviti masing2. akak , jom saya habiskan apam balik tu. lapar gak ni dr pagi tak makan. wuuu :(

Kancil 8349 said...

dah jadi ular sawa...hehehe...ndak apa...perlahan2...jangan buat lagi...

Zulfikar Hazri said...

kesian dia teruk sangat kan....

jamah nasi ambeng tu jamah sesuap ke sampai habis?


p/s u duk setia alam ke?

Cik Ina Do Do Cheng said...

motor kena major operation, bahaya tu.keh keh keh cik ina kalau beli nasi ambeng pun satu je, sebab nasiny banyak membumbung. kongsi lagi sedap.

pena rozie said...

Steamnoat dah lame tak makan...

aizamia3 said...

Namee Roslan:
akak baru on9 ni.. apam tu dak Kakak dengan dak Adik dah habiskan..

aizamia3 said...

Kancil 8349:
bukan ular sawa Kancil.. tapi dah tak larat.. :(

aizamia3 said...

Zulfikar Hazri:
nak buat macam mana.. kenalah hadapi..

nasi ambeng tu jamah sesuap dua sebab bukan tak sedap cuma dah taknak, selera dah hilang..


p/s: depan lagi dari setia alam, jalan menghala ke puncak alam..

aizamia3 said...

Cik Ina Do do Cheng:
rasanya yang rosak minor je tapi yang nampak major sebab bukak semua.. hikhikhik..

nasi ambeng tu takleh makan sorang, kena share.. sebab banyak..

aizamia3 said...

pena rozie:
steamboat tu tengok pada kuahnya.. kalau kuahnya sedap maka sedaplah steamboat itu.. ;)

Fara said...

Kenyang ke mkn mcm tu? Klu sy, tak senang duduk sbb laporr!

fazrulnoor said...

sila jengah dan jenguk :)

aizamia3 said...

Fara:
memang tak kenyang sebab perut memberontak lapar.. tak boleh makan banyak2.. sebab confirm keluar balik.. :(

aizamia3 said...

fazrulnoor:
insyaAllah.. ;)

Gen2Merah said...

wah, banyak makan memang mengundang kemalasan.. nak tido n malas nak gerak.. hee

PinKy MoMMa said...

sempat lagi dia ingatkan apam balik tu hahaha..post sini jer..ai boleh habiskan..sedap!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...