Followers Remaja Purba

Saturday, August 20, 2011

Kronologi semalam..

Semalam, macam biasa.. berbuka puasa di rumah k.Hema dan buat pertama kali baru aku teringat nak ambil gambar menu berbuka.. Kalau sebelum ni dah lepas makan baru teringat..


Ada yang beli dan ada yang dimasak..

Aku..?
Beli je sebagai tambahan menu.. dan dah dua hari berturut-turut aku makan laksam, teringin sangat.. juga pertama kali aku makan kuih lompat tikam..

Kali ni lagi meriah sebab selain aku, ada lagi 2 jiran bersama anak memasing join sekali.. Seronok..
Malamnya pulak, temankan k.Hema pergi beli barang dapur.. Hubby lewat tapi sempatlah berbuka bersama. Lepas dah settle tu aku on lappy tapi bagi anak dara kat rumah atok guna..

Kaum bapa pulak sibuk nak buat pangkin baru kat pondok yang aku selalu lepak bersama orang hijau tu.. Bila siap nanti aku cerita sebab tiang pun belum dipacakkan lagi..

Anak-anak leka main dari hujung ke hujung blok rumah.. Dorang ni tak reti letih ke agaknya.. Tapi lepas tu time nak tidur, letak je kepala kat bantal – lena..



satu kotak kurma dari SEGi College, tukang agih.. akuler..

psstt: Ujian telah dilakukan tapi kabur.. testing 3 2 1.. ye.. bukan mataku yang kabur..

16 comments:

gedek! said...

kuih lompat tikam?

peliknya nama?

Lulu Caldina said...

Blog ni dah tersenarai dalam Lulu-Pages.. :)

azieazah said...

Berbuka ramai-ramai memang best, sebab meriah. Ada lak budak2 berebut makan, lagi seronok, kan?

Makan berhidang dalam talam, jarang orang buat gitu.

Mommy Fara said...

Nape gambar kecik? Heheheh....

Wow! Mcm meriah je suasana kat sn tu ye?

anismelon said...

nampak meriah gitu..bukan senang na dpt buke ngn jiran nie kak..hehe

Namee Roslan said...

wah budak2 tu nampak sungguh seronok :D hehe, nampak lah kegembiraan bulan ramadhan. saya rindu nak berbuka macam tu :) lagi2 kongsi makan dalam dulang. nikmat nya :)

aizamia3 said...

gedek:
sebelum ni pernah dengar nama kuih tu uncle tapi ni kali pertama makan..

aizamia3 said...

Lulu Caldina:
wah.. ;)
terima kasih..

aizamia3 said...

azieazah:
seronok tengok gelagat anak2.. rebut gaduh tu lumrah.. lagi berselera sebenarnya dorang bila makan reramai.. ;)

aizamia3 said...

Mommy Fara:
oh.. sejak dari awal dulu memang guna gambar kecik..
ok takpe.. lepas ni ai cuba guna gambar yang besar skit ek..

aizamia3 said...

anismelon:
tahun ni agak meriah sebab kerap jugak akak berbuka kat rumah jiran.. ;)

aizamia3 said...

Namee Roslan:
lauk je letak dalam dulang.. ;)

Bro ahmad said...

selamat berbuka hehee salam ramadan

aizamia3 said...

Bro ahmad:
... terima kasih.. ;)

PinKy MoMMa said...

comel je smua berkumpul camtu huhu..

aizamia3 said...

PinKy MoMMa:
macam-macam kerenah yang ada.. sorang nak itu.. sorang nak ini.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...