Followers Remaja Purba

Wednesday, August 3, 2011

Gintell dan Roti Aiskrim

Malam tadi hubby ajak pergi Giant.. wah.. langkah kanan aku.. Lepas membeli dan belah dak adik merengek nak duduk kat kerusi urut ni..


Agaknya dia suka tengok babah dia ‘berehat’ kat kerusi urut tu..


Suruh duduk bersandar tapi adik tak nak.. geli katanya.. Sudahnya aku yang duduk..


Kat rumah, aku mulakan operasi buat roti aiskrim.. punyalah semangat malam tadi, atok belikan dua roti ‘Jumbo’ punya.. Berdebar-debar nak tunggu petang nanti sebab ini percubaan pertama aku buat.. Aku tengok resepinya senang jadi aku pun follow ler tapi la ni aku rasa tak puas hati sebab aku boleh lupa tepung jagung (aku tak salin pulak resepi tu, main ingat je).. Ah.. sudah.. Habislah aku petang nanti.. sebab roti itu semua telah kuserahkan kat rumah nenek untuk digoreng untuk berbuka nanti..

Malulah kalau tak jadi.. tapi takpe.. kalau kali ni tak jadi nanti aku buat lagi.. kita try and error.. lagipun nenek tau aku reti makan je.. kihkihkih..



psstt: Tak tenang tak senang dah aku ni.. cepatlah petang, nak tengok hasil kerja keras aku malam tadi..

36 comments:

bujal X said...

saya segan nak duduk kat kerusi tu~sebab gerenti angin kalur menderu-deru~haha~

azam said...

hehehe...mesti sedap

PinKy MoMMa said...

wahhhh kalau duduk kt kerusi tu berjam pun ku rela lalink hahaha..manyak syiokk oooo..

pssstt jgn lupa amik gbr tayang kt sini okeh..nak tengokkkk :)

Isteri Encek Bard said...

HIHIHIHI COMEL LAH DIER

syazwan said...

saya pon geli dok atas kerusi tu..terutamanya part kaki..hahah

selamat berpuasa ;)

aizamia3 said...

bujal X:
hahaha.. sedang membayangkan bujal di atas kerusi itu dan ada angin keluar menderu-deru..

aizamia3 said...

azam:
yang buat sedap tu sebab la ni bulan puasa..

aizamia3 said...

PinKy MoMMa:
Petang nanti pasti akan kuambil.. malam tadi nak ambil gambar tapi malu pulak.. hikhikhik..

aizamia3 said...

Isteri Encek Bard:
hikhikhik.. terima kasih.. kembang ai sekejap..

aizamia3 said...

syazwan:
hahaha.. kalau tak biasa memang geli sebab akak pun geli, tapi sebab dah masukkan duit rasa rugi pulak tak gunakan..

gedek! said...

Pernah dudok kat kerusi seumpama tu...

masok duit, tak jalan pon...!

ceh!

aizamia3 said...

gedek:
samada kerusi itu rosak atau uncle berat sangat.. hikhikhik..

アヌム ちゃん said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa :) Baru sempat nak wish dekat sini^^

MamaEma said...

sekali sekalau urut pakai kerusi pun best ni

so, jadi ke tak roti aiskrim tu?

YanaMIB said...

best kn duk kt kerusi tu..tmbh2 klu bdn mmg tgh sakit..layannn~ =)

Sabihah said...

wahh...terliur laa plak teringat roti eskrem..haisshh..hehehe

mama3A's said...

suka urut kat kusi tu.. cuma malu bila org allu lalang nengok. hehehe..

p/s: nak gak roti aiskrim.. huhu..

Nini Hartini said...

kak, roti aiskrim? yg aiskrim goreng ke??... cmne nk buatnya eh?..huhu mcm best jek.

Mommy Fara said...

Roti aiskrim tu mcm ne? Igtkan roti kapit aiskrim tu. Huhuhuhu!

aizamia3 said...

frometoyou:
takpe.. memasing sibuk.. ;)

aizamia3 said...

MamaEma:
sekarang kalau pergi shopping mesti carik kerusi tu.. ;)


tang roti aiskrim tu kena tunggu petang nanti.. step dah betul tapi ada yang kurang rupanya.. :(

aizamia3 said...

YanaMIB:
betul best.. en. suami yang suka layan.. ;)

aizamia3 said...

Sabihah:
huhuhu.. tak berani nak cakap sebab ni kali pertama cuba..




mama3A's:
memula dulu rasa malu tapi sekarang biarlah nak tengok ke hape.. janji sedap kena urut.. hikhikhik..

psstt: akak, saya risau ni.. roti tu macam tak jadi je.. :(

aizamia3 said...

Nini Hartini:
akak tak ingatlah kat blog mana akak cari hari tu.. dah try recall memory ni tapi serius tak ingat..

last2 akak google je.. akak dapat yang ni.. cer try tengok..

http://hanamemories.blogspot.com/2010/06/aiskrim-goreng.html

aizamia3 said...

Mommy Fara:
ai tak ingat dari blog mana yang ai dapat resepi tu sebab nampak senang..

tapi kat sini ada contoh resepi..
http://hanamemories.blogspot.com/2010/06/aiskrim-goreng.html

msredcheesecake said...

saya pon rasa tak sabar ni..hhee

MARIA LIZA said...

cam menarik je roti asikrim tu...

saiazuan said...

penat2 jln layan gintel :)
byr rm1 dpt 3 mint.. jadi la kan hehe

aizamia3 said...

msredcheesecake:
huhuhu.. berdebar-debar dah ni..

aizamia3 said...

MARIA LIZA:
memang menarik tapi tak taulah keadaannya bila dah goreng nanti.. hahaha..

aizamia3 said...

saiazuan:
jadilah.. nak beli mahal sangat.. ;)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waaa mcm menarik je kalau boleh berikan mak resepinya .. mak pun nak try jugak hehe

Penggemar Coklat said...

memang geli ah kerusi urut tu.. tak tahan dudk lama2x.. beberapa minit pun rasa mcm nak gelak kuat2x je..LOL

Cik Ina Do do Cheng said...

ko cakap pasal roti sekerim tu tetiba je tringin plak nak beli petang ni.tepek ngan biskut pun sedapkan sesedap berurut atas gintelll tu.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

saya prnah sekali dok kt atas kerusi tu.. tapi kejap jerk.. maklumlah masuk 1 ringgit jerk.. xpuas.. hehehe

fRaMe+LenSeS said...

ta penah duduk plak. hehe. takut. :P

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...