Followers Remaja Purba

Thursday, May 5, 2011

Lampu brek ketiga

Dah banyak kali aku alami dan mesti korang pun pernah terkena, nak pulak jalan tengah jem yang belum diletak roti.. Biasalah pagi-pagi time orang nak pergi kerja semua nak cepat sampai, nanti tak pasal-pasal bertukar merah pulak..

Ok.. Aku paling risau kalau keadaan kereta tak sempurna, salah satunya lampu brek ketiga..

Cuba bayangkan tengah pandu (kelajuan purata untuk highway bukan jalan kampung ye..) tiba-tiba kereta depan brek bukan brek mengejut dan yang belakang ni tak perasan yang kereta depannya brek sebab lampu brek ketiga tak berfungsi ataupun semuanya.. Kalau sempat brek ok, kalau tak.. nangis kat situ sebab dah tentu yang langgar dari belakang yang salah sedangkan punca dari depan..


Contoh pagi tadi..
Mula-mula aku tak perasan yang van ni langsung takde lampu brek.. sebab walaupun jalan sesak kat NPE tu tapi tetap bergerak.. tiba-tiba dia brek mengejut.. fuh..! Gila..! Nasib baik aku sempat brek.. dan alhamdulillah selamat sampai ke office dengan jayanya..


Jadi, kepada korang yang pandu kenderaan tu, sila pastikan montot kenderaan anda tak dicium dari belakang disebabkan lampu brek tiada a.k.a rosak.. Biar duit habis sikit untuk repair lampu brek korang dari korang habis duit ribu-riban repair kenderaan korang akibat dicium..

10 comments:

bujal X said...

saya letak spotlight terus kat belakang~bila brek je habis silau~~~haha~~

ariana's said...

tu lah..kadang kita dah berjaga-jaga pasal keselamatan , tapi org lain pulak yag buat hal..itu yg selalu terjadi kemalangan tu..

Rin_Aff said...

slalu gak kena camtu...
lampu brek sgt pnting okey...

bagi mengelakkan tercium momtot kete lain, better kite jage jarak keselamatan...

kalo tak..masak ler nak repair kete..

Faris Adli said...

jadi kesimpulannya jangan bawa kenderaan..guna je kenderaan awam :-)

kau nak email yahoo aku? cari lah kat facebook aku :-)

Ayin Masliza said...

setuju sangat2 lah.... curi sikit masa, asalkan selamat, kalau dah bercium lagi lama kereta tersadai kat bengkel....

aizamia3 said...

bujal X:
fuh.. nasib baik tak boleh letak spotlight kat belakang.. kalau tak.. masuk ICU ler keretaku itu..

aizamia3 said...

k.ariana:
betul tu kak..


Rin-Aff:
tak kisahlah canggih mana pun kereta kalau takde lampu brek pun tak guna gak.. tak pasal2 terbuang duit nak repair akibat tercium montot..

aizamia3 said...

k.Ayin:
dah kalau tersadai lama segala xtvt turut terganggu.. pening2..rutin harian pun turut berubah.. :(

aizamia3 said...

Faris:
tetap kena bawak: alasan rumah jauh.. ;)

aaaa... menci.. kau tau Faris.. aku dah send kat dalam blog kau baru aku perasan.. adeh2.. huhuhu... apsal aku ni..

fRaMe+LenSeS said...

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...