Followers Remaja Purba

Tuesday, May 3, 2011

Pemandu Peribadi

Hujan.. balik kerja
Lewat.. tertinggal barang kat office
Anak-anak.. sorang kat sekolah, sorang kat rumah nenek a.k.a pengasuh
Hubby.. kat tempat kerja

Rutin harian aku hari ni berubah sikit.. Yes.. Aku tak payah pandu kereta balik rumah..

Kakak.. lepas mandi kat rumah nenek, terus tidur kat dalam kereta.
Adik.. lepas tengok Boboiboy layan pulak Ninja Turtle.
Aku.. leka update blog, tak save terus out, penat je taip hilang idea tadi.
Hubby.. a.k.a pemandu peribadi hari ni..

Dari tercari-cari nak makan apa, si adik bagi cadangan baik punya.. Kalau bab makan sedap sape taknak kan..? Apalagi McDonalds..
Adik: Babah ada duit.. Adik nak makan McDonalds..

Oh!Adik.. Ni gara-gara tiap kali anak-anak nak makan McD aku mesti kata tunggu babah gaji.. Kalau tak buat macam tu alamatnya boleh sesak sebelum hujung bulan..

Nampaknya malam ni kami makan menu segera - McDonalds..

4 comments:

Faris Adli said...

kau tak takut ke anak kau obes makan mcd je?

aizamia3 said...

Faris:
macam yang aku pernah bagi komen kat blog kau, bukan selalu dorang dapat makan fast food ni, kena pandai variasikan pemakanan dorang agar tak melepasi obesiti tu..

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

betul2 skali skala x pe jgn slalu ;)
kesian jg kan..org lain merasa..x kan nak catu ketat sgt..

aizamia3 said...

Pinky Momma:
yup.. bukan hari2.. kalau hari2 bukan dorang yang debab, ibu dorang ni yang chubby nanti..

psstt: bukan gemuk ye.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...