Followers Remaja Purba

Sunday, May 8, 2011

Jackel sale

Selesai sudah menghadiri jemputan perkahwinan.. perjalanan pulang dengan semangat berkobar-kobar nak beli kain kat Jackel sebab ada sale.. wah.. excited tak sabar ni.. nak menambah koleksi yang sedia ada tapi bak kata hubby entah bila nak ditempah kain-kain tersebut..

Dengan penuh confidentnya aku singgahlah di Jackel untuk membeli dan belah.. rambang mata aku dibuatnya.. cantik + lawa kain-kain kat dalam kedai tu, duit je yang tak cantik..

Akhirnya aku sambar 3+1 pasang kain, inipun kira sekejap je aku membeli dan belah sebab tak bestlah buat orang tunggu aku.. Hubby dan anak-anak takpe tapi sebab tadi pergi kenduri ala-ala rombongan cik Kiah so aku decide pilih sepantas mungkin..

Masa tengah tunggu turn nak bayar baru perasan, kedai yang aku masuk ni bukannya Jackel.. erk..? alamak.. nak buat camne ni, dahlah kain tu dah siap potong takkan nak blah je.. aduiyaii.. nampaknya aku terpaksalah teruskan hasrat aku tu..

Ish..? Macam mana aku boleh tak perasankan nama kedai itu.. mungkin sebab nampak gah ala-ala Jackel kut.. nasib baik kain yang aku beli tu kategori tak berapa mahal..


Kesimpulannya:
Sila pastikan kedai kain yang anda masuk sebelum pembayaran dibuat. Lain kali aku taknak pergi selain dari tempat yang aku dah biasa pergi..


Nota: malam ni ada gathering kat depan rumah.. menu utama: bubur jagung yang dimasak oleh chef Hubby.. Aku..? tukang rasalah.. ;)

3 comments:

Nini Hartini said...

knp mst Jakel kak? klu tgk kain kedai lain ok, ape salahnya beli kan?

ermm..jakel kualiti mmg ok ke kak?

msredcheesecake said...

Exited sgt nak shopping sampai bule salah masuk kedai?kehehe....pompuan kalu shopping mmg gila kan....heeee...

aizamia3 said...

Nini:
Buka sebab apapun tapi sebab guna duit en. Suami jadi akak pilihlah membeli dan belah kat Jackel.. ;)


msredcheesecake:
kihkihkih.. jackel tgh ada sale tu yg merengek kat en. Suami tu tapi sekali salah kedai daaa..

Psstt: akak tak gile shopping cuma rambang mata je.. Hehehe..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...