03 November 2025 - Isnin (12 Jamadilawal 1447H)
Setiap ujian membawa pesan — kadang bukan untuk menjatuhkan tapi untuk menyedarkan.
Kadang bukan kerana kita bersalah tapi kerana manusia lebih percaya pada cerita daripada kebenaran. Dalam dunia yang dipenuhi andaian, diam menjadi cara paling selamat untuk menjaga hati — meski sering disalaherti.
Kadang-kadang, sangkaan buruk inilah yang membuatkan hubungan antara manusia berubah — dari yang asalnya baik jadi renggang, yang salah nampak betul dan yang betul pula kelihatan salah. Bila hati tak jernih, apa pun yang kita lihat akan tetap kelihatan keruh. Begitulah bila emosi mendahului akal.
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Di akhir zaman, fitnah akan semakin berleluasa hingga mampu memecahbelahkan manusia. Berdoalah agar kita tetap bersatu, tidak kira agama atau kepercayaan.
Semoga Allah melindungi kita daripada penyakit ain, hasad, khianat, fitnah dan segala bentuk kejahatan — sama ada yang nyata di depan mata atau tersembunyi di balik senyuman manusia. Moga hati kita sentiasa di bawah lindungan-Nya, jauh dari niat jahat dan tipu daya dunia.
@RemajaPurba: Diam pun kadang salah..
No comments:
Post a Comment