Followers Remaja Purba

Thursday, March 19, 2020

Perutusan Khas Covid-19 - Stay at Home


Tolonglah.. duduk diam-diam di rumah.

Just Stay at Home.
Ini tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan. Stay at Home and protect yourself and your Family.

Stay put where you are untuk tempoh dua minggu ni sahaja.

Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?
Ini kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.

Prinsipnya mudah sahaja. Dalam tempoh dua minggu ini, duduklah diam-diam di rumah. Stay at Home.

(18 Mac 2020)
Perutusan Khas Covid-19 (18 Mac 2020) - Stay at Home oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia di SINI.


DAY 2 (19 Mac 2020 - Khamis)
Masih ada yang mengambil mudah walau telah dinasihati oleh kerajaan mengenai Covid-19 yang makin berleluasa ketika ini. Takde perasaan takut ke?

Tolonglah... Tolonglah pentingkan diri sendiri dulu. Kalau takde keperluan khusus janganlah keluar rumah. Dengarlah nasihat kerajaan. Kang kata bodoh kita balik kena kecam ðŸĪĶ‍♀

Aku ni cakap je bosan tahap petala ke lapan bila kena perintah kawalan pergerakan cenggini tapi bagusnya aku dapat berehat selepas kali terakhir bercuti panjang lapan tahun lepas. Dah kerajaan bagi cuti khas macam ni, duduk je ontok-ontok dekat rumah.

Ni bila bangun je tidur mula terkebil-kebil memikirkan apa nak buat. Bila tengok status mereka di dalam facebook terasa seperti berada di bulan Ramadhan. Macam-macam hidangan mengiurkan dapat dilihat.

Sabar ye wahai #MakBudak.. En. Hubby masih mamai lagi tu.. ðŸĪŠ

#KisahKita: ...

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...