Followers Remaja Purba

Sunday, March 1, 2020

Kejadian Berlaku - Tahun Lompat (29 Februari 2020)


Sambungan dari SINI..

29 Februari 2020 (Hari Sabtu), empat tahun sekali akan merasa tarikh yang istimewa ini. 366 hari bukan 365 hari.

Pagi:
Menuai lalang di belakang rumah. Terasa dah lama tak menuai. Sejam kemudian selesai menuai, ke kedai dobi pula. Selesai di situ balik rumah berkejar menguruskan rutin harian disebabkan nak bergegas balik kampung.

Tengahari:
Membeli barang keperluan memasak untuk majlis perkahwinan yang telah ditempah - 1 Mac 2020 (Ahad).

Petang:
Merewang bersama anak dan anak fruits. Tempahan pula tak banyak, tak sampai 500 set pun. Dalam masa sibuk merewang, sambil makan lontong yang baru di masak tengahari tadi.

Malam:
Selesai satu bahagian, pagi esok kita masak lain pula sebelum urusetia mai ambil. Kali ni urusan memasak dibuat di rumah myMIL. Apa yang pasti kekenyangan..


Dalam sibuk memasak..
Paling menarik perhatian pada tarikh tersebut adalah mengenai pentadbiran negara di mana akhirnya terjawab persoalan siapakah Perdana Menteri kelapan seperti dalam satu kenyataan Media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin: 

"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Agong bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama." di SINI..

Apa yang pasti itu sebahagian menjadi tajuk utama menghiasi perbualan di rumah myMIL

Itulah sedikit sebanyak kisah pada 29 Februari 2020 (Sabtu) - #TahunLompat

#KisahKita: Bersambung..

6 comments:

Umi Nazrah said...

Sehingga berjumpa lagi tahun lompat 🙋

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga Allah SWT merahmati Malaysia yg tercinta..

Wak Lat said...

mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alamin..

Warisan Petani said...

Bye2 february

norhidana said...

tahun lompat yang buat ramai orang melompat heheheh

Azian Elias said...

kesian gak kat org yang sambut birthday tahun lompat ni kan. tapi jimat lah. 4 tahun sekali sambut. hehehe..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...