Followers Remaja Purba

Tuesday, March 31, 2020

Dam dam dum bunyi mercun 😂


Menu malam tadi: Roti daging..

DAY 14 (31 Mac 2020 - Selasa)
Hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Yeaahh.. 👏👏👏 selesai 14 hari pertama tapi kena dilanjutkan lagi 14 hari seperti kenyataan di SINI.. 😂😂😂

Tugasan dak Kakak dan dak Adik:
Banyak kerja sekolah yang diberi oleh guru masing-masing perlu disiapkan. Makluman melalui whatsapp perlu dipantau sentiasa.

Tugasan en. Hubby:
Mendapat permintaan dari seseorang menyediakan masakan dan agihan ke RUKA, PPUM. Aku risaukan pergerakan keluar masuk en. Hubby. Moga semuanya dipermudahkanNYA.

Menu serahan hari ni: Kari Kambing..

Tugasan aku:
Tiada kebenaran khas untuk ke tempat kerja sehingga 14 Mac 2020 😟😩


Selingan:
Aku bukan orang have².. Orang pun bukannya kenal aku. Lainlah retis.. macam² dimintak eh.. Kemain dam dam dum laie..

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya!
😆😆😆

'Ada orang lagi susah dari kita. Dahlah.. Jangan mengeluh'.

kita kena bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan tiba.

#KisahKita: ...

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...