Followers Remaja Purba

Sunday, March 22, 2020

ATM bantu PDRM menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan


DAY 5 (22 Mac 2020 - Ahad)

Bermula jam 12:01 pagi, 22 Mac 2020 (Ahad), khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan - membasmi penularan wabak COVID-19. Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang mengingkari perintah tersebut.

Kenyataan Media dari Pejabat Perdana Menteri di SINI..


Bila Stay at Home, aku perasan ada perubahan pada perut aku. Oh? Apakah..

Hari Tanpa Nasi ðŸĨī
 Kita pulangkan semula bekas jiran sebelah..

 Bunga kantan jiran sebelah bagi.

Buat kerabu mangga + bunga kantan sedap ni.. 😊 buat lintas hormat dekat dapur, bahan tak cukup pulak..ðŸĪĶ‍♀Kita simpan dululah..

Kalau tv ni boleh bercakap..

Dak Kakak nak tengok cerita Korea..
Dak Adik nak tengok sukan..
Dak Nuha nak tengok kartun..
Babah deme nak tengok filem lama..
#MakBudak..? Sorokkan remote.. ðŸĪŠ

Cukuplah untuk hari ni.. Apa yang pasti en. Askar belum sampai kawasan aku tapi tak bermakna bebas nak ke mana-mana. Duduk ontok-ontok dekat rumah.

#KisahKita: Stok makanan masih ada..

2 comments:

umminani said...

masa nilah idea masak macam2 kan..anyway selamat kuarantinkan diri

Vitamin Syaza (VS) said...

wow bunga kantan tu besar haa. sedap kalau buat laksa, asam pedas.. emmm nyummy

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...