Followers Remaja Purba

Friday, March 13, 2020

Apabila Pelajar Bersuara


Ada guru mengambil inisiatif mewujudkan group whatsapps bagi memudahkan ibubapa tidak keciciran maklumat dari pihak sekolah. Namun demikian, apabila group whatsapp kelas anak diwujudkan, pasti akan ada segelintir dari mereka yang kurang atau mungkin tidak memahami keperluan menggunakan whatsapp atau malas nak skroll mencari kembali maklumat yang telah disampaikan oleh guru kelas.

Bila ada segelintir yang bersikap begitu, buatkan aku terfikir..
Dahlah cikgu penat melayan kerenah murid di sekolah, ni nak kena layan pulak kerenah segelintir ahli dalam group whatsapp kelas. Aku yang bukan cikgu ni pulak yang jadi geram dengan segelintir dari mereka itu.

'Ibu jangan baik hati tolong jawab soalan dalam group tu, kalau boleh baca pun jangan, nanti ibu stress.'


Ini pula kisah malam tadi..
di SMK dak Adik


Perbualan di dalam group whatsapp kelas dak Adik di SMK. Ada yang bertanya kepada guru kelas:

'Cikgu, boleh tak pakai baju sukan?'
'Tidak.'
'Kenapa tak boleh cikgu?'

Mungkin ada segelintir kurang memahami tapi sebagai pelajar sepatutnya dah tahu apa yang patut dibuat ketika menghadiri peperiksaan/ujian di peringkat sekolah yang mana sepanjang minggu ni ujian sumatif dijalankan.

Bila mana ada yang masih bertanya, ini jawapan aku buat mereka seawal pagi tadi:
'Semua pelajar wajib memakai baju sekolah ketika menghadiri peperiksaan/ujian seperti mana tertakhluk di dalam peraturan sekolah.'

Pelajar sepatutnya tahu jadual peperiksaan/ujian yang telah diedarkan sedari awal. Syukurlah aku bukan guru kelas mereka. Kalau tak, pasti ada segelintir dari mereka akan 'left group' buat group baru.

Walaubagaimanapun, aku tabik spring toink.. toink.. toink.. pada guru-guru yang mengajar di sekolah. Tanpa kehadiran mereka, pelajar sedia ada belum tentu faham dengan sukatan mata pelajaran yang ada.

#KisahKita: ...

5 comments:

AzianKhalil said...

Perghh...tabahnya cikgu..

norhidana said...

nasibla akak tolong jawabkan, tapi itu semua murid-murid ke ibu bapa dalam tu kak? apa lah tanya soalan gitu aduhai... serabut la pulak... kesianla cikgu nk layan kerenah pulak

Nas Nuri Construction (Dawaibesi.com) said...

Assalamualaikum sis Aizamia , Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI


Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

Umi Nazrah said...

kadang hairan dengan ibu bapa bila tanya soalan sebab soalan tu mudah sangat, dah tentu ada jawapan. hmm wallahualam :(

mamapp said...

kesian cikgu2 kena melayan ibubapa camni

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...