Followers Remaja Purba

Thursday, March 12, 2020

Abang Kawasan


La ni musim demam ahli keluarga #MakBudak.

Awalnya dak Nuha demam, batuk dan selesema. Kemudian berjangkit pula kepada aku hingga memaksa kami berdua cuti sakit pada hari Isnin lepas dan semalam dak Adik pulak dijangkiti virus tersebut.

Minggu ni, minggu ujian sumatif dak Adik di SMK. Dengan keadaan dia macam tu harapnya dia mampu dan laratlah ke sekolah, seterusnya dapat menjawab ujian sumatif tersebut.


Pagi tadi..
Aku paksa dia makan ubat, itupun separuh je dia berjaya minum, lebihnya dia muntahkan semula. Alahai adik, dekat luar kemain menjadi 'abang kawasan' ye tapi bila bab makan ubat dah macam nak bagi anak umur dua tahun; kena paksa. Penakut ya amat, itu baru ubat cecair, kalau makan pil mahu satu liter air dia habiskan, itu belum tentu ubat tu berjaya ditelannya.

Apa-apapun moga dak Adik kuat untuk menjawab ujian di SMK petang ni. Aku yang berada jauh 60km dari dak Adik ni risau dibuatnya tapi aku tahu dak Adik kuat walau penakut makan ubat.

#KisahKita: ...

3 comments:

norhidana said...

heheheh mesti ubat tu pahit kak, itu yang tak tertelan...

apa pun moga semua family akak sihat ya

Umi Nazrah said...

semoga semua anak2 kita dibawah lindungan Allah Taala dan dijauhkan daripada wabak penyakit. aamiin aamiin aamiin

mamapp said...

semoga cepat sihat semua

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...