Followers Remaja Purba

Saturday, March 21, 2020

Kisah jiran sebelah rumah


DAY 4 (21 Mac 2020 - Sabtu)
Kisah jiran sebelah rumah..
Dia ni memang kaki pancing. Pernah sekali dia bagi ikan mintak en. Hubby masakkan. Sejak itu, adalah beberapa kali kami dapat ikan yang dipancingnya.

Semalam diberinya ikan ni.
Bilalah aku nak pulangkan semula bekas tu agaknya 🤔

Dua ekor Ikan haruan

Aku kurang menggemari ikan haruan ni tapi ikan inilah yang selalu jiran sebelah rumah bagi. Bukan kecik tapi yang besar diberinya. Tapi bagusnya ikan-ikan tu dah siap siang, aku pulak potong bagi kecik gitu.

'Ambik jelah buat masak. Kami dah jemu makan ikan'.

Reaksi anak-anak:
'Ikan haruan lagi ke ibu?'
'Korang nak makan ikan jenahak, tunggu kita balik kampung Babah..'


Petang tadi dapat pula si ayam hutan. Pakej sembelih depan rumah lagi. Kau mampu.. 🥴

As always, tinggal nak masak je.

#KisahKita: Alhamdulillah.. Rezeki..

No comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...