Followers Remaja Purba

Thursday, May 30, 2019

Kuih Kasih Sayang namanya


Sepanjang Ramadan kali ni, aku malas nak kongsi menu berbuka di sini sebab bukan aku yang masak, jadi keterujaan tu takde.. 🤣😃 Sepanjang Ramadan kali ni, kebanyakkan masa #ChefHubby yang masak untuk menu berbuka.

Dengan tempat kerja di tanah jajahan baru ni boleh tahan jauhnya membuatkan aku kurang bertenaga nak bersilat di dapur. Jangan kata silat, taekwondo, Muay Thai, Judo, Wushu pun aku surrender. Alhamdulillah syukur atas kerjasama yang diberikan en. Hubby.

Tapi..
Kuih yang ini dibuat oleh nenek Mak Ani a.k.a pengasuh lama dak Kakak dengan dak Adik. Kuih nenek memang tip toplah yang dibuat dengan penuh kasih sayang. Kuih koci pulut hitam, kuih kaswi dan kuih tepung bungkus dibuat khas untuk kami. Walau jauh tapi demi tiga kuih tersebut, sanggup ku redah ke rumah nenek.

Nak lagi.. dan lagi.. dan lagi..

Berangan berbuka puasa di #ImpianaHotel Ipoh 😎

Selingan..
Ikan keli goreng berlada..

Kuih buah Melaka..

Kuih ni dibeli pada hari pertama berbuka puasa di rumah MIL. Dari segi presentation nampak menarik tapi dari segi rasa kuih ni mungkin tak dibuat dengan kasih sayang 😣 kot.

StatusHati: Alhamdulillah dengan rezeki dariNYA.

6 comments:

Warisan Petani said...

Nampak sedap semuanya

ainhany said...

tgok cmgini..memang teruja nii....sedapnyaa

eMMe said...

Salam Lebaran Aiza n famili, lama tak jengah... Slamat berpuasa, Salam kosong - kosong, ade ig? add tau nnt emmiadnan, miss u n take care.

aizamia3 said...

Warisan Petani: serious sedap..

ainhany: ai yang merasa ni pun teruja...

eMMe: Salam Lebaran.. lama sungguh kan..? Apa-apun nanti update lagi.. ;)

Khairul said...

Saya suka kuih melaka.. Sodap.. Lagi2 kalau banyak gila merah nya dalam tu.. Meletup dalam mulut.. Hihi

aizamia3 said...

Khairul:
Yeah.. sep sikit.. samalah.. lagi-lagi yang baru lepas masak.. 🤣

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...