Followers Remaja Purba

Wednesday, May 8, 2019

Aku syak anggota badan..


Hari pertama Ramadan..
Hari pertama dak Nuha berjaya berpuasa dengan jayanya tapi bila semakin menghampiri waktu berbuka, mulalah dia merengek lebih-lebih lagi bila kami mula sibuk di dapur.

'Ibu, Nuha haus. Nuha nak minum air sikit boleh tak ibu.. sikit je..'
'Sabarlah Nuha, sekejap je lagi nak berbuka.'
'Sekejap, sekejap.. dari tadi ibu cakap sekejap. Ni dah pukul berapa' Dia dah mula hilang sabar..

Lepas tu dia merengek balik..
'Ibu.. Nuha sakit tekak. Ibu tak sakit tekak ke..?'
'Ibu.. bolehlah Nuha minum, sikit je..'

Ketika waktu berbuka, air dulu yang dicarinya. Gelas besar dah dicop oleh dia. Lebih-lebih lagi air tersebut dibeli di Bazaar Ramadan. Rupanya air tersebut bukan air anggur tapi air keladi. Sudahnya terbaring bukan sebab kekenyangan tapi sebu disebabkan minum terlampau banyak air tersebut.

Kasihan pulak kami melihat tapi dalam masa yang terasa lucu dengan gelagatnya terbaring tak bergerak. Alahai.. Nuha.. Nuha.. Ku sapukan minyak dan ku urutkan perut dia bagi melegakan sikit rasa tidak selesanya itu. Syukur waktu tidur malam tu dia tak meragam.

Hari kedua Ramadan..
Balik dari sekolah petang, air dicarinya dahulu.

'Nuha tak puasa ke..?'
'Nuha puasa tapi Nuha haus sangat.' sambil tangannya laju mengambil air.
'Ahh.. leganya dapat minum air Ibu..' Geleng kepala dengan gelagatnya itu.

Waktu Sahur..
Setakat ni, anak-anak tiada masalah bangun pagi untuk bersahur. Walau tak banyak mana deme makan tapi aku pastikan perut mereka terisi agar tak letih sangat ketika di sekolah.

Kisah #MakBudak pulak..
Semalam hari pertama aku mula bekerja di bulan Ramadan dan Ramadan tahun kedua aku berada di tanah jajahan baru ini. Terasa sangat penat waktu tiba di rumah, nak baring hingga waktu berbuka je rasanya. Aku syak anggota badan aku terkejut dek perjalanan yang jauh.

Apa-apapun moga rutin sepanjang Ramadan kali ni dipermudahkanNYA.. InsyaAllah.. Aamiin.

StatusHati: Anak-anak gembira aku rasa bahagia..

5 comments:

Anum said...

selamat berpuasa

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

musti konpius sbb warna air keladi kan ala2 grape. he3..

norhidana said...

nuha2, kelakar betul awak ni tau

tp yelah kak, skrg ni tgri pns... mmg mesti haus punya diaorg tuh...

Ninja Blogging said...

Saya follow sini!♡
[Jemput blogwalking blog saya] :)

Sunah Sakura said...

alahai comel aje nuha..agaknya gitu la kita kecik2 dulu kannn

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...