Followers Remaja Purba

Wednesday, November 23, 2016

SK Brinchang, Cameron Highlands, Pahang


Malam semalam..
Dak Nuha sibuk bertanya ke mana perginya dak Adik..
'Ibu.. Ammar mana Ibu. Nape Ammar tak balik? Ammar tidur mana ibu..?'


Dak Adik takde sejak kelmarin kerana terpilih bagi Program Pembangunan Sukan Bola Sepak anjuran pihak sekolah beliau di SK Brinchang, Cameron Highlands. Dak Adik bersama 35 orang murid dan 10 orang guru dan jurulatih turut serta ke sana. Tiga hari dua malamlah dia di sana. Untunglah dik.. ibu dulu nak pergi mandi Sungai Congkak anjuran pihak sekolah pun mak ibu tak bagi.. 😢😢


Ni jangan kata Babah dengan Ibu tak payung ye dik. Sebelum ni dak Kakak dapat pergi Legoland, kali ni turn dak Adik pulak. Dak Nuha..?? Tengok tahun depan ke mana sekolahnya nak bawa jalan-jalan..


DAN..
Aku syak pinggang aku sakit sebab dah lama tak dapat gedik santai atas katil bilik hotellah agaknya..😆 'Babah tak nak bawak ibu pergi jalan-jalan a.k.a Honeymoon ke..?' Wakakaka..


StatusHati: Pada yang bertanya.. Fisioterapi semalam berkaitan dengan pinggang aku..



7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

paridah said...

BNYK BERIHAT MOGA CPT SEMBUH N BOLEH AKTIF SEMULA.

eima said...

wahhh jauhnye sekolah bawa... pakej bercuti sekali juga kot kan .. best tu sampai ke CH sekolah bawa ...

norhidana miswan said...

dak nuha takde geng gaduh itu yg dia tanya tuh heheheh...

ewanthology said...

syok la training kat brinchang..sejuk, macam training kat obersea pulak :-)

husna zahidi said...

syok adik.. trip atau apa2 event masa sekolah mmg best.. waktu tu laa dpt spend time dgn kwn2.. kalau mak ayah yg risau sikit mesti akan menghadkan kebebasan mereka.. tp mak ayah mcm tu kerana ada sebabnya..;)

Kira Sakura said...

sama la kak. kira dlu gedik2 nak ikut rombongan pergi gua tempurung. tapi papa bantah sekerasnya tak bagi pergi

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...