Followers Remaja Purba

Thursday, November 17, 2016

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016


Pagi tadi, pukul 10 am keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan.  Tipulah kalau aku rasa tak berdebar-debar. Bila dah tahu result dak Kakak pagi tadi..

'Dia dah buat yang terbaik. Syukur jugak dia dapat habiskan peperiksaan.' Itu kata en. Hubby bila aku share keputusan dak Kakak.

Tengahari, dak Kakak balik sekolah, dia telefon aku..
'Ibu jangan marah kakak ye..' Aduhai sayu rasa hati ni tapi aku tak bagi apa-apa reaksi, sengaja bagi gempak dekat dia.. hehehe..

Alhamdulillah.. Buat dak Kakak. Ibu terima apa jua keputusan yang kakak dapat. Ini baru permulaan perjalanan pembelajaranmu kakak. Masih jauh lagi perjalanan kakak yang kakak akan tempuhi. Tahniah kakak walau tak sehebat orang lain tapi Kakak dah berusaha yang terbaik.

Ibu nak kakak lebih berusaha pada masa depan untuk bagi lebih baik lagi. Kakak mampu buat cuma kena lebih berusaha. Lagipun en. Hubby dah pesan jangan dimarah anak tu kalau tak dapat 6A. Ini bukan pengakhiran pembelajaran dia.


StatusHati: Sebak sebab result dia lebih baik dari trial. syukur Alhamdulillah..


7 comments:

zarul farhana said...

alhmdulillah... dia dh buat yg terbaik

raihanah said...

betul tu sis, baru upsr. insyaAllah kakak akan lebih berjaya.

HeNRieTTa JoSe said...

Alhamdulillah lebih baik dr trial...

Pha Is said...

upsr bukan segalanya.. hehehe
tahniah dak kakak

rafhan said...

Tahniah dan selamat maju jaya untuk anak akak. Jemput singgah ke blog saya. Kapsul Penawar Resdung Saya ada penawar untuk resdung.

ewanthology said...

tahniah dan selamat maju jaya di masa hadapan

sha said...

insyaAllah... masih bnyk masa untuk terus berusaha dan berjaya.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...