Followers Remaja Purba

Friday, October 12, 2012

Sejak 2 minggu lepas..


  • Dah habis baca novel 'Sunan'.. punya kedekut, aku terus simpan dalam kotak.. ni sebagai langkah berjaga-jaga agar takde yang nak pinjam.. takmo jadi macam kes dulu.. dah pinjam tak reti nak pulang..
  • Sejak 2 minggu lepas aku teramat sibuk 'nak cuti pun fikir kerja kat office..' baru semalam dapat bernafas lega sikit..
  • Pergelangan tangan aku sakit sejak 2 minggu lepas, berkemungkinan besar disebabkan cara penggunaan keyboard computer office yang salah.. Rasa macam terseliuh tapi aku rasa tak melibatkan tulang, lebih kepada urat pada pergelangan tangan..
  • Hari ni hari terakhir dak Kakak menghadapi peperiksaan akhir tahun SRA..
  • Dak Adik asyik mengomel bila babah nak balik.. kesian pulak dengan dia..
  • Dak Nuha ---> aku belum ajar makan lagi.. 2 minggu lepas berat dia 7.3kg..
  • Hampir 2 minggu ni berat aku naik mendadak.. Aku berat atau penimbang tu dah takmo terima beban menimang badan aku ni..
  • Aku cukup tak suka bila kereta depan aku slow ---> hello cik kak.. kalau nak bersantai jangan masuk highway dok lorong kanan ni..
  • Dah bagi signal nak masuk laluan aku lepas tu boleh kau slow pulak ye cik abang.. Tadi bukan main 'semangat' nak masuk lane aku, sudahnya kau boleh makan angin pulak depan aku.. Nak je aku 'cucuk angin' montot kereta kau..
  • Inilah dia bila on the road je berubah 360 darjah sikap individu tu ---> akulah tu..

psstt: Sambil menaip sambil mengurut pergelangan tangan..


9 comments:

Kamsiah Yusoff said...

aik...byk benda berlaku sejak 2 minggu lps ya...
kalau ada yg pinjam novel saya...dgn muka tak malu saya akan minta pulangkan lps beberapa bulan...mcm ada kemungkinan dia nak buat harta sendiri hehe

Anum said...

banyak nie
leh tulis diary

Kakzakie said...

Kalau nampak Nuha tu 7.3 kg meamng patutlah nampak punyalah bulat...

Kalau urut pergelangan dgn minyak urut tak kebah cuba paramkan. Ada lagi tak param masa pantang hariitu?

Asyifa Mustaffa said...

perghhh ! siap smpn dlm kotak....! x menahan....tp betul gak kan...ku punya novel...tebal giler....3 novel smuanya....orng pnjam...bila tnya kata dah pulang....nie memang hangin 1 badan nih !!!! sakit hati je dengar....mmg nak kene suh ganti nie.....

gud idea..pasni beli novel abis baca nak letak dlm kotak....!!!! kalu display..mmg ilang 1 1.....sadis sungguh !!!!

Rai Ourkizuna said...

kak aiza,
pergelangan tangan tu maybe sebab saraf..sbb kadang2 pergelangan tangan kita duk kat tepi meja..so saraf tu kena tekanan..darah tak dapat nak jalan betul..saya tak reti terangkan..tapi ada kawan saya pernah kena..kadang sakit..kadang jadi kebas gitu..

take care kak..

Tinta Lana said...

Salam.

Sunan Musafir ea kak? Saya rindu la sunan. Saya berangan juga,harap RAM sudi sambungkannya,hik3.

Saya tak rasa akk kedekut. Saya sendiri pun tak bagi sesiapa pinjam. Saya cakap awal2, nak baca mai dtg umah. Saya tak benarkan bawak balik umah.. susah nak cari org yg pandai jaga harta kita mcm yang kita jaga.

*Kak, sy rasa jarum penimbang tu dah rosak -- ayat nak sedapkan hati,bhahaha

JunAina said...

Kalau dapat setereng lupa diri kejap tapi Aina selalu jugak lepas perasaan bila merempit...hehehee... Lepas tu rasa legaaaa...

L said...

hehe bnyak terjadi... huu jaga kesihatan ye akak.. =)

kay_are said...

same r tu.. dalam kete memang berubah sifat.. normal2.. rase nak tengok orang jadi hulk, leh tengok time ngah drive.. huu

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...