Followers Remaja Purba

Wednesday, October 10, 2012

Rindu kat ikan ni..


Pejam celik.. pejam celik.. sekarang dak Nuha dah menjangkau usia 5 bulan.. InsyaAllah 7 Zulhijjah ni genap usia dia 6 bulan.. Dia dah mula meneroka objek-objek berhampiran dengannya ---> Jadi.. sila pastikan tiada menda yang tidak sepatutnya berada berhampiran dak Nuha ye mak budak..

Banyak kenangan pahit manis mewarnai sepanjang tempoh 44 hari berpantang bersama dak Nuha.. Terima kasih jugak pada rakan-rakan di alam maya yang 'menemani' aku sepanjang tempoh berpantang dari hujung bulan Mac hingga awal Jun 2012 lepas..

 Tetiba rasa rindu kat ikan ni sampai sanggup mintak hubby belikan Ahad lepas..


Kalau aku siapkan dak Nuha.. dah rupa macam lori bedak tumpah depan rumah aku buat..
Tapi kalau tak pakai bedak pun dia dah cukup wangi ---> wangi seorang bayi..
Nanti bila dah besar, tak dapat dah nak lagi peluk cium gomol macam sekarang ni..





psstt: Berdecit tayar pagi tadi gara-gara 2 buah kereta depan aku brek mengejut elak dari tercium sang kancil yang slow dilorong kanan.

psstt lagi: Andai semuanya berjalan lancar, Raya Haji ni akan kuperkenalkan 'dia' kepada semua..

last psstt: Kupujuk hati agar sabar dalam kerja-kerja di office..




19 comments:

faraherda.razalan said...

Awak, jgn mkn ikan bilis byk2. Kolesterol tu. Heheheheh....

Anum said...

best gak nie goreng ngan bawang

Kakcik Nur said...

Kakcik suka bau bany. :)


Pssssttttt.... Dia tu apa/siapa? (tak sabo pulak nak tahu) ;-)

Asyifa Mustaffa said...

keh3....adat le tu...time pantang nak nengok pun cam x selera ye tak....tp bila time dah abis....rindu nak makan mkanan time2 berpantang kan.....:)

Kakzakie said...

Kakak suka tengok gambar Nuha. Gerammm... pipi montel, jadri pink gebus macam nak gigit!!

makchaq said...

Sedap gak ikan bilis goreng ngan bawang.. nasik panas2..

Mesti nak dapat kereta baru... teka je ni..

Rai Ourkizuna said...

eh fara...ikan bilis tinggi kolesterol eh..baru tau..hehehe..

siapa "dia" tu kak aiza..tak sabar!

Wak Gelas™ said...

hiss 'close shave' tuu kancil punye pasal kann.. uhhhhUU

:: Mrs.Eady :: said...

ian bilis sabah sedap...kekeke..

Kesuma Angsana said...

cukup suka gomol2 baby2 ni hehehe

Daddy Ziyyad said...

ikan bilis goreng garing pun sodap :)

Kamsiah Yusoff said...

suka bau bayi..tak mandi sehari pun sanggup gomol2 lagi..tak macam org tua hehe...

Munnafendy said...

dia? ehem!

kinna said...

sedapnya ikan bilis!!!

alolo comeynya...makin bulat dan sihat nuha ni!

Bitt (doubeIS) said...

alahai comelnya nuha awak ni...

salam kenal ;)

Tinta Lana said...

Salam.

Lori bedak tumpah? hahaha, sama je ngan mak saya kak..tpi, sy pun sama gak. hek3. kalau boleh nak tabur banyak2..sonok gomol diorg ngan bedak. bertambah2 wangi.

tpi kejap je tu kn..tak lama pastu, ilang dah pun.

Kalamhati said...

gewam tgk nuha!bulatnya mata..cerdik ni..=)

Cik Ummi said...

ehhh... ikan bilis..?
kalau masak ngn sayur goreng sedaplah :)


p/s : akk nak kenalkan sape kat kami???

kay_are said...

memang suke makan ikan bilis.. tambah2 kalau diratah.. kalah kucing agaknye.. =P dia???

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...