Followers Remaja Purba

Friday, August 21, 2020

Kisah Periuk Kera


DAY 151 (15 Ogos 2020 - Sabtu)
Balik kampung atas urusan penghantaran motor kepunyaan adik sepupu aku. Alhamdulillah selamat tiba di kampung sebelum tengah malam.


DAY 152 (16 Ogos 2020 - Ahad)
Tak lama aku di kampung, malam tadi sampai kampung, petang ni dah kembali ke rumah aku. Takpelah.. nanti kita balik kampung lagi ye MakBudak.

Hanya gambar sebagai kenangan
Periuk Kera

Hari Raya Aidiladha yang lepas aku ada bawa balik periuk kera tapi belum berkesempatan nak buat pulut periuk kera seperti biasa. Ini semua gara-gara dak Oyen telah 'membasahkan' satu plastik ni. Apalagi kena bebel panjanglah ia. Dahlah Aidilfitri yang lepas langsung tiada menu pulut periuk kera, kali ni tak sempat nak membuatnya. Kecik besar kecik besar je aku tengok si Oyen ni

Nasib baiklah sebelum balik rumah, Toksu bekalkan aku sebekas pulut periuk kera untuk kami bawa balik. Alhamdulillah.. rezeki. Takdelah rasa kempunan.


DAY 153 (17 Ogos 2020 - Isnin)
Nasib baik aku tak terlajak bangun, kalau tak ber huhu lah aku..


DAY 154 (18 Ogos 2020 - Selasa)
Itik salai masak lemak cili padi + belimbing buluh. Itik hasil belaan TokSu aku dikampung. Biasa aku hanya makan rendang itik tapi kali ini kita tukar selera sikit. Dak Nuha pulak awalnya dia menolak pinggan bila dia tengok kenapa nampak lain pada kulit itik tu; aku terpaksa berbohong mengatakan yang itu ayam + itik. Hahaha.. kesian dak Nuha kena tipu..


#StatusHati: ...

7 comments:

  1. bertuah betul oyen tu... di kencingkan periuk kera akak tu hahahha

    ReplyDelete
  2. Jangan sebut itik salai masak lemak cili api tu.... geram ai...!

    ReplyDelete
  3. ammi masih belum boleh terima rasa itik

    ReplyDelete
  4. JEMPUT https://belogsjm.blogspot.com/2020/08/merdeka-giveaway-by-eknsofi.html

    ReplyDelete
  5. Sama macam kat rumah ni.Sebut itik je semua tak nak..Ayam makan pulak..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...