Followers Remaja Purba

Thursday, August 13, 2020

Gigit hujung kain dibuatnya


DAY 138 (02 Ogos 2020 - Ahad)
Tiada aktiviti menarik, rehat + makan + rehat + makan lagi.
Sambungan dari SINI..

Pekan Masjid Tanah
Ke pasar pagi mencari bahan mentah untuk makan tengahari

Kalau semalam mak aku dah urutkan tangan, hari ini Pak Busu pula urut tangan aku. Bila orang jarang kena urut, dia punya sakit.. Fuh! Gigit hujung kain dibuatnya. Takde belas kasihan bila kena urut.

Petangnya pula..
Pokok cili padi - hasil kerjasama antara Pak Busu dan ahli kumpulan beliau.

Penat berjalan + makan, jomlah kita rehatkan diri sambil menikmati langit yang cerah. Mata makin kuyu dibuatnya, tambah lagi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, memang best..

'Kalau nak makan ubi kayu, tu kat depan tu..'

Hasil kerja keras mencangkul tanah..


Hasil tuaian..
Ubi yang berwarna putih lagi sedap dari yang berwarna kuning.

Periuk Kera
Inilah penyebab aku balik kampung..
Aidilfitri lepas tak boleh balik kampung, kita balas waktu Aidiladha.
Love you to the moon and back lah Ibu dan Pak Busu..



DAY 139 (03 Ogos 2020 - Isnin)
Aku cuti rehat hari ini.

Pagi..
Aku dah mendobi.

Tengahari..
Masak untuk makan tengahari.

Petang..
Mulalah bahu jatuh ke bawah
'Esok dah mula kerja, rasa sekejap je cuti balik kampung kali ini..'

#KisahKita: ..

7 comments:

  1. Ubi tu buat terliur pulak,terus teringat sambal tumis ikan bilis.

    ReplyDelete
  2. bestnya kak oi... ubi tu sedap lembut je bila rebus... terus aku ngidam nak makan ubi rebus kak oi

    ReplyDelete
  3. Nak menarik ubi tu keluar, memang perghhh hehe

    ReplyDelete
  4. Ubi kuning tu, rebus lama mana pun tetap keras, mertua panggil ubi kuala lumpur, rasanya yang tu ramai buat tapai.

    ReplyDelete
  5. Ubu kuning tu tak sedap sebab ada rasa manis sikit kan..

    ReplyDelete
  6. Best kan raya dapat balik kampung..

    ReplyDelete
  7. Lebihan ubi rebus tu sedap dibuat kerepek!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...