Followers Remaja Purba

Wednesday, March 11, 2020

Tall, Dark and Muncit


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baru pada 09 Mac 2020 (Isnin), laju jemari aku skroll mencari nama tall, dark and handsome tu.. adakah beliau akan kembali beraksi di kerusi Menteri Belia dan Sukan?

Nampaknya..
'Ahli Parlimen Rembau, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin a.k.a KJ kembali menganggotai Kabinet Persekutuan apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Manakala jawatan Menteri Belia dan Sukan menjadi milik Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.'

Walau bertukar portfolio, moga Integriti berada di kedudukan teratas waktu menjalankan tugas yang diamanahkan.

Apa-apapun..
Selamat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi buat Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin a.k.a KJ dengan harapan kerusi yang baru ni bukanlah dari kayu yang murah sebaliknya Titanium yang padu.

Tapi rasa nak bisik sikit pada YB KJ lah..
Moga penampilanmu kali ini selari dengan tall, dark and handsome itu malah lebih berinovasi hingga menjadi ikutan para 'peminat'mu..

Toink.. Toink.. tak usah berangan wahai #MakBudak.. Sedarlah yang tall, dark and muncit itu rupanya en. Suamimu..

#KisahKita: Sivaji the Boss.. eerrr..

3 comments:

  1. agak kecewa sebab menteri belia dan sukan dah tak handsome atau jambu lagi... hehehhe

    samalah kak dana pun ada hero talk, dark and muncit hahahahah

    ReplyDelete
  2. wehh saperla x sayang laki,


    tapi ada kan makcik., kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. Harap dia biar rambot panjang tu... hehehe Baru ROCK

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...