Followers Remaja Purba

Sunday, January 6, 2019

Ikan Daun Baru di Pantai Remis



'Jangan paksa orang beli tapi suruh orang beli..'
Teringat-ingat kata penjual ikan di pasar tepi laut di Pantai Remis minggu lepas.


Sengaja ke Pantai Remis sebab teringin nak makan kerang. Lagipun alasan nak berjalan cuci mata sebenarnya. Alhamdulillah.. apa yang dicari semua ada. Tinggal nak pilih dan bayar cuma masa tu hanya beli dalam kuantiti yang diperlukan.


Layar Kapal
Nampaknya nau tak pernah tengok sebelum ni.


Ikan Daun Baru


Ikan ni serious buat aku tergoda melihatkannya hingga memaksa en. Hubby membelinya. Ni anak-anak pun tak tahu mengenai ikan ni lagi.. 🤗


Kerang


Pertama kali dak Nuha teruja berjaya mengopek sendiri kulit kerang ini. Puas makan sebab besar-besar isinya. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak. Tengok anak-anak makan pun dah buat aku kenyang sebenarnya.


Sedapnya..
Ditambah pula ada ikan masin + cili kering goreng


Ulam tak boleh dipisahkan..


Hujung minggu yang mengasyikkan..


StatusHati: Berehat sepuas hati..


4 comments:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Sangat rare ikan daun tu... kalau goreng crispy, mesti sedap...

Warisan Petani said...

Ikan daun baru tu bakar sedap

AzianKhalil said...

tak pernah tengok juga layar kapal dgn ikan daun tu...baru ni nampak. kerang biasa la tengok...

norhidana miswan said...

kalau pegi ke pantai remis kuala selangor mmg asyik... semua rasa nk beli kan kak...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...