Followers Remaja Purba

Thursday, January 3, 2019

Peraturan Sekolah untuk Murid Tahun Satu 2019


Peraturan Sekolah telah diterangkan kepada ibubapa secara ringkas dan padat oleh Guru Disiplin ketika Hari Orientasi Tahun 1 yang lepas di SINI..


Antara intipatinya:

PERTAMA:
Untuk tiga hari pertama (minggu pertama) persekolahan, urusan penghantaran dan pengambilan anak-anak perlu dilakukan di pintu masuk utama sekolah. Dijangka kesesakan akan berlaku tapi demi untuk anak-anak memahami peraturan jalanraya di hadapan pintu masuk utama sekolah, maka ibubapa perlu mematuhi arahan ini.


KEDUA:
Sepanjang program Transisi dijalankan, anak-anak hanya perlu membawa alatulis/mewarna sahaja.


KETIGA:
Mohon ibubapa memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya ada anak berpenyakit, kepilkan bersekali surat dari doktor. Pihak sekolah tak nak ada masalah dikemudian hari.


KEEMPAT:
Status anak perlu dimaklumkan dengan mengisi borang yang diberikan oleh pihak sekolah. Malu memanglah malu tapi jangan senyap. Pihak sekolah akan cuba bantu semampunya.


KELIMA:
Bagi tiga minggu pertama, bawa sepersalinan baju dan seluar dengan memasukkannya ke dalam beg sekolah anak-anak sebagai 'kecemasan'. Ini bagi memudahkan pihak sekolah sekiranya berlaku sesuatu ke atas diri anak-anak, ada pakaian ganti untuk anak-anak. Dulu pihak sekolah sediakan tapi ada ibubapa tidak kembalikan baju tersebut maka kini pihak sekolah pula minta ibubapa yang sediakan.


KEENAM:
Waktu Pendidikan Seni perlu bawa baju ganti bagi mengelakkan baju sekolah menjadi kotor.


KETUJUH:
Pisau/pensel tekan tidak dibenarkan sama sekali. Gunting juga turut tak perlu dibawa memandangkan cikgu yang akan menyediakan bahan-bahan berkaitan sekiranya perlu menggunakan bahan berkaitan.


KELAPAN:
Laluan pejalan kaki perlu menggunakan laluan sedia ada iaitu laluan berbumbung, ini untuk keselamatan anak-anak selain turut memberikan keselesaan.

Pengawal keselamatan sekolah yang akan memantau anak-anak melintas jalan. Serious aku perhatikan memang tegas pengawal keselamatan sekolah dak Nuha.  Demi keselamatan anak-anak kenalah berikan perkhidmatan yang terbaik. Dengan nak awasi kenderaan lagi.. takut terlepas pandang. Terbaik.. 👍👍👍

Moga kak Senah dan seorang lagi (lupa nama) pengawal keselamatan sekolah anak dianugerahkan kesihatan yang baik dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.


Dan yang terakhir:
Sekiranya ada murid yang bawa duit belanja lebih dari RM5.00, duit tersebut akan dirampas! Begitu juga dengan jam tangan yang berfungsi seperti handphone dan barang kemas.

Pernah terjadi, seorang ibu beri duit belanja RM50.00 kepada anaknya dan bila disiasat memang ye. Alasan si ibu 'tiada duit kecil.'

Duit belanja sekolah anak-anak aku dah tukar sesiap di bank. Terasa macam nak sambut Aidilfitri pulak ada banyak duit RM1.. 😅😅


StatusHati: Moga hari ni dak Nuha tak meragam..


3 comments:

norhidana miswan said...

sekolah aiyan pun ada perubahan peraturan sekolah baru, sbb diaorga dpt guru besar baru

tp bab duit belanja tu, aduhai sampai rm50 klu hilang tu satu hal lain lak kan... aiyan pun dana bg rm3 je kak

ejulz said...

perghhh.. rm50 hehe

Jari Manis said...

RM50 alasan x de duit kecik?..mcm lah tak leh tukar kat bank kan..org hado-hado jek tu agaknya

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...