Followers Remaja Purba

Sunday, December 9, 2018

Masalah di Kedai Dobi Layan Diri


Hujung minggu di musim tengkujuh ni menambah rezeki pemilik kedai dobi layan diri. Alhamdulillah.. itu rezeki dariNYA.

Setiap dua hari sekali pasti aku akan singgah di kedai dobi berhampiran rumah aku (kedai dobi favourite aku). Semakin jarang dah sidai baju di luar rumah dan berkebetulan la ni musim tengkujuh..

TAPI.. bukan itu aku nak isukan..

Kedai Dobi Layan Diri


Tengahari tadi..
Selepas menghadiri majlis perkahwinan di taman perumahan aku, sebelum meneruskan perjalanan balik kampung, aku sempat singgah untuk keringkan baju di kedai dobi ni.

Nak dijadikan cerita..
Ada enam mesin pengering di mana tiga daripadanya dah berhenti tapi tuan empunya entah di mana. Nak tunggu.. memang taklah. Dalam panas terik, mood aku yang swing, penuh selamba aku masukkan dalam bakul sedia ada (berkebetulan dia ada letakkan penanda mesin no. berapa dalam bakul tu, jadi mudah kerja aku). Sehingga selesai baju aku dikeringkan, masih tak kunjung tiba tuan empunya baju tersebut. Lagi menarik, bukan aku seorang je yang terkena, ada orang turut menjadi mangsa keadaan.

En. Hubby bagitahu.. 'Diorang pergi makan kenduri dulu tu. Itu yang lambat sampai tu.' Masuk dek akal jugak sebab hujung minggu ada je kenduri di sana-sini. Mungkinlah kot.. Biarkanlah. Jadi pengajaran pada mereka yang berkenaan sebab dulu pun aku pernah kena macam tu dan aku akui salah aku sendiri. Serik woo tinggalkan walau sekejap - gara-gara mendengar cakap en. Hubby masa tu.. hahaha.. padan mukaku.

Jadi.. buat semua pengguna kedai dobi layan diri, terutama menggunakannya ketika di waktu puncak - 'Tolong jangan tinggalkan baju-baju anda dalam mesin pengering baju untuk tempoh yang lama hingga menyusahkan pengguna yang lain.'  


StatusHati: #Tampuk yang menyusahkan..


6 comments:

  1. Kan, bukannya lama pun nak keringkan baju tu, apalah salahnya tunggu kejap, takkan lari kenduri dikejar, hehe

    ReplyDelete
  2. langkah yg bijak dibuat pleh puan aizamia. mmg geram sgt kat org yg x de tanggungjawab ni.

    ReplyDelete
  3. Actᥙally no matter іf someone doеsn't bе aware of ɑfter that its up to other սsers thаt tһey
    wilⅼ help, so here іt occurs.

    ReplyDelete
  4. ada jgk yek yg mcmtu nye perangai ye kak? mmg pentingkan diri betul lah
    lainlah klu tinggalkan kejap kot pi buang air ke apa... ni punya lah lama sampai ko abis dh keringkan baju dia tak muncul jgk...

    ReplyDelete
  5. naseb baik juga ada label pada raga...jika tidak, mahu ke lantai, dh terpaksa cuci semula...

    ReplyDelete
  6. selalu kena jugak, terpaksa kita pulak keluarkan kain2 orang lain demi nak selamatkan 'masa' kita terbuang sebab menunggu lama. biasanya saya sound tepek je pada orang2 berkenaan, nasib la. Dah harta sendiri jagalah :D

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...