Followers Remaja Purba

Wednesday, December 19, 2018

Debaran Semakan UPKK Tahun 2018



Petang semalam Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Tahun 2018 dah keluar tapi baru pagi aku tengok keputusannya. Ketika orang lain sibuk 'mengumumkan' keputusan anak-anak di media sosial tapi aku diam menyendiri. Bukan kerana tak ambil peduli tapi blur tiba-tiba betul ke result UPKK dah keluar.


Walau boleh semak online semalam di SINI..  tapi hati tak cukup kuat nak semak online sebenarnya. Sanggup tunggu pagi tadi minta en. Hubby sendiri pergi ke sekolah untuk dapatkan maklumat.


DAN.. bila en. Hubby mesej pagi tadi..
Allahuakbar.. Anak yang susah tak nak ulangkaji belajar, ini result yang dia bagi pada aku.

Terharu.. Sungguh! Walau tak banyak A's biarlah apa orang nak kata, sekurang-kurangnya MQA a.k.a dak Adik banggakan ibu dan Babah. En. Hubby bagitahu, petang nanti kena kembali ke sekolah untuk ambil keputusan penuh dari pejabat sekolah.


Seperti kata #SedaraSedodol
"Akak.. bagi saya maksud kejayaan bukan dapat straight A's tu dikira berjaya, tapi bagi saya anak yang berjaya capai keputusan dari yang biasa itulah kejayaan tapi kalau dapat straight A's it dikira bonus."


Satu soalan dari dak Adik..
'Babah.. Ibu dah tahu ke..?'
Adik.. adik.. mesti dia terlupa yang ibu boleh semak secara online seperti biasa. 


😭😭😭
Nangis bukan sebab sedih tapi sebab terharu..
#ResultUPKK2018

Akan aku cuba ingat pesanan seorang boss kecil aku ini:
'.. yang saya selalu pegang.. Its not where u start.. Its where u end..'





StatusHati: Happy Birthday buat satu-satu adik aku.. 19 Disember 2018..


5 comments:

  1. Alhamdulillah.

    As parents kita memang nak yang baik semuanya dari anak kan. Tapi, tak boleh terlalu obses. Apa pun yang dia dah lakukan, kita kena terima berlapang dada.

    Moga anak2 kita berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Apapun keputusan yg diperolehi anak2 ,kita sbg ibubapa harus berbangga dgn pencapaian mereka

    ReplyDelete
  3. masih jauh lagi perjalanan anak2 tu..UPKK hanya sebahagian dari ujian dan sebagai ibu bapa kita harus terus bagi semangat pada anak walau apa result dia pun..mungkin ibu bapa perlu bagi extra perhatian dan ambil tahun..#my2cents je

    ReplyDelete
  4. tak kisah berapa A ye kak itu udah usaha dia, tahun depan boleh cuba lg n lagi utk peperiksaan yg lbh besar...

    ReplyDelete
  5. DYatie ABakar:
    InsyaAllah.. saya tidak terlalu obsess cuma keputusan itu buat saya rasa terharu. Syukur Alhamdulillah..


    Kak Kamsiah Yusoff:
    Ye kak.. saya tetap hargai mereka.


    iam.fuzy:
    Betul tu.. masih jauh lagi. Ini baru sebahagian kecil perjalanan dia dalam meniti perjalanan pembelajaran untuk dia membesar.


    Norhidana Miswan:
    Itulah Dana.. next year peperiksaan besar menanti dia. Berdebar-debar mak dia ni..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...