Followers Remaja Purba

Saturday, May 26, 2018

Terlupa masak nasi sebelum berbuka puasa


'Ibu.. nasi tak masak.'
Rupa-rupanya anak tak tekan butang pada periuk nasi. Maka.. ber huhu lah waktu berbuka puasa.

'Ibu marah ke..?' 🤔
'Kalau ibu marahpun bukannya nasi tu boleh siap masak. Dahlah.. kita makan je apa yang ada.'

Sedih tengok anak-anak cuma makan lauk dan kuih ketika berbuka puasa baru-baru ni. Ditambah dengan keletihan memandu dua jam dari tempat kerja amat kurasakan membuatkan aku hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan anak-anak yang kepenatan seharian di sekolah.

Malam tu.. rezeki si miow kucing hitam. Nasi masak lepas kami berbuka puasa dan ia dapat 'merasmikan' nasi tu terlebih dahulu. Kami tak bela kucing tapi kucing ni setiap hari akan datang ke rumah aku sejak ia Remaja Purba lagi.. 🤗

Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha?
Alhamdulillah.. masing-masing dah kenyang makan lauk, kuih sambil bersulamkan air sejuk. Manalah anak-anak Mak Budak tak kenyang. Banyak minum air.

Penyudahnya, nak elak dari berlaku pembaziran, esoknya aku buat nasi goreng. Sekali lagi.. Alhamdulillah kenyang. Syukur masih ada makanan yang boleh dimakan kalau nak dibandingkan dengan mereka yang susah nak dapatkan makanan.


StatusHati: Baju Raya aku takde lagi..


3 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah...pernah berlaku pada PC...bulan ramadhan juga...pulaknya masa tu giliran rumah baba mma tempat pakcik makcik sepupu semua berkumpul...seminggu kena perli.

Warisan Petani said...

Bukan budak2 aje, kadang2 kita yang tua ni pun lupa nak tekan butang on tu.

ewanthology said...

pernah mengalaminya juga, last2 ratah lauk je... lepas terawikh baru dapat makan nasi.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...