Followers Remaja Purba

Wednesday, May 9, 2018

Kenangan disebalik #PRU2018 dan sebelum ini.


Tiap dari kita pasti ada kenangan tersendiri mengenai PilihanRaya Umum (PRU).. tiap kenangan itu pasti memberi kesan.. walau tak banyak tapi tetap ada kan..


Kali PERTAMA:
Aku tidak mendaftar, waktu itu pula sedang mengandungkan dak Kakak. Tak fikir dan tak ambil tahu langsung mengenai #PRU ketika itu ditambah dengan pada Hari mengundi aku dah terlalu sarat mengandungkan dak Kakak.


Kali KEDUA:
Aku agak bersemangat, maklumlah disebalik pengalaman dulu mendewasakan aku. Daftar undi awal agar tak tercicir lagi. TAPI sayang.. masih juga tak dapat mengundi kerana aku dijangkiti virus demam campak dan terpaksa berkurung di dalam rumah dengan hanya memerhati mereka yang ke hulu ke hilir bersemangat menyokong parti masing-masing.
OK.. aku sedih masa ni..


Kali KETIGA:
Akhirnya.. yeah.. akhirnya aku berjaya.
Penuh bangga ketika itu beratur dan melaksanakan tanggungjawab sebagai salah seorang pengundi. Ketika nak menanda pada kertas berkenaan, aku boleh blur sekejap siapa wakil yang bertanding berdasarkan logo yang ada. Dengan lafaz Bismillah ketika itu, aku redha memangkah mengikut gerak hati aku. Akhirnya bila keputusan keluar - OK.. maaf tak boleh share apa yang aku pangkah.. UNDI ADALAH RAHSIA.. hahaha..


Kali KEEMPAT:
#PRU2018.. kali ini..
Belum masa untuk aku huraikan.
Tunggu dan lihat ajelah keputusannya.
Kun fayakun..


Untuk bakal pemimpin yang memenangi kerusi yang ditandingi, jangan rosakkan kepercayaan para pengundi. Bekerja kerana Allah..

DAN..
Hanya mampu berdoa moga mereka yang dipilih nanti mampu membuat kerja bukan sekadar duduk besarkan badan je.


StatusHati: Biarpun tak lagi bersama, kehadiranmu takkan kulupa..


2 comments:

Kuazue Mohd said...

Yezza. Semoga mereka semua yang diundi menjaga kita sebaiknya

mrhanafi said...

keputusan PRU dah keluar..

kerajaan baharu telah dibentuk untuk melaksanakan janji mereka

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...