Followers Remaja Purba

Tuesday, February 20, 2018

Ni semua salah en. Hubby 😣


Awak ok..?
Alhamdulillah.. much much better than 3 weeks ago.
Terima kasih pada yang bertanya. 


Dah sihat ke ni..?
Nak kata 100% membongaklah tu tapi setakat ni semua dalam kawalan.


Dah makan ke belum..?
Makan..? Ini adalah perkara yang aku tak boleh elak langsung sekarang. En. Hubby tak boleh dengar aku sebut LAPAR.. terus diajak makan. Tengah malam pun jadi.. huhuhu.. Nangis dalam hati aku dibuatnya sebab segala baju masa zaman #PerasanSlim jadi tak muat la ni. Ketat tak boleh zip beb. Ni semua salah en. Hubby.


Cukup rehat ke..?
Dari dulu mana pernah cukup rehat. Sehari paling hebat pun setakat 3 - 4 jam je. Kalau dapat 5 jam syukur Alhamdulillah. Manalah en. Hubby tak risaukan keadaan aku pergi dan balik kerja sendirian.


Pengambilan Ubat..?
Hampir setiap malam aku kena ambil. Ubat ni juga membantu untuk aku lena sebenarnya tapi yang pasti bukan ubat tidur.


Siapa yang uruskan hal dekat rumah..?
Rutin harian dibantu oleh anak-anak yang pastinya. NO BIBIK dalam rumah ni maka semua kena beri kerjasama sepenuhnya. Pada aku, tak nak tolong mudah je - ke tong sampahlah perginya.


Ramai yang mengatakan aku jadi macam ni sebab terlampau kuat berdiet hingga menyeksa diri. Natijahnya.. ramai sedia maklum.


Ha.. nak diet lagi ke?
Buat sementara.. aku kena lupakan #PerasanSlim aku. Suka ke tak suka ke kenalah terima hakikat realiti kehidupan #MakBudak kini. Kena slow down semua aktiviti. Nak melasak lagilah tak boleh - kena fikir keadaan pinggang pulak.



StatusHati: Kurus tetap dalam agenda 2018.



9 comments:

  1. Tak mengapalah berisi sikit, asal jangan sakit... :)

    ReplyDelete
  2. semoga agenda 2018 menjadi kenyataan :D

    ReplyDelete
  3. hahahaha
    kurus sentiasa di dalam agenda setiap tahun

    ReplyDelete
  4. Wahhh!! Tahniah dah berbadan dua.. tittle sangat nakal.. apa2 pun nice utk dibaca.. tersenyum2 AM baca tau!

    ReplyDelete
  5. semuga sentiasa sihat aiza... kadang2 kita susah nak tidur sebab Allah suruh kita solat sunat ke, zikir ke... baca je zikir sampai lelap...

    ReplyDelete
  6. Semoga sihat-sihat sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...