Followers Remaja Purba

Saturday, February 10, 2018

Ceramah Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek


Alhamdulillah..
Pukul 1300 tadi selesai urusan berkenaan UPKK di sekolah dak Adik.

Selain itu, dalam salah satu slot ceramah oleh Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek pagi tadi di mana Ustaz Haji Kamil meminta anak-anak duduk berhadapan dengan ibubapa sambil merenung mata kedua ibubapa dengan diiringi muzik yang syahdu.

Kata beliau:
Picitlah kaki dan tangan kedua ibubapa yang telah banyak berjasa membesarkan kamu. Itulah tangan yang menguruskan kamu ketika kamu kecil dahulu. Itulah kaki yang membawa kamu ke hospital ketika kamu sakit. Lihatlah tangan yang semakin tua, timbul urat di tangan. Adakah akan datang masih mampu menguruskan kamu wahai anak-anak?

Moga satu hari nanti, waktu ibubapa kamu pergi meninggalkan kamu, biarlah tangan kamu yang menguruskan orang tuamu agar tertutup aib mereka dari pandangan orang lain.

Kata Ustaz Haji Kamil lagi:
"Kita menjadi ibubapa bukan sebab adanya anak tetapi kita sebenarnya telah diamanahkan olehNYA."
"Anak-anak dijadikan asbab untuk ibubapa dimasukkan ke dalam syurga."


Haaa.. amik. Dak Adik dahlah hati tisu. Menangis teresak-esak dibuatnya. Hilang terus kekentalan hatinya tu. Ditambah pulak bila dia tengok airmata aku, lagi menitik-nitik airmata dak Adik.



StatusHati: Ya!Allah.. Ya!Tuhanku.. Kau Permudahkanlah urusan mereka yang membaca status ini. Aamiin..



2 comments:

ewanthology said...

Amin

Warisan Petani said...

Program yang dapat menusuk jiwa dan raga kita dan anak2.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...