Followers Remaja Purba

Wednesday, February 8, 2017

Gagal dalam ujian DARAH


Mengulas kisah pada 17 Januari 2017 yang lepas..

Selesai urusan berkaitan, keinginan nak derma darah tiba-tiba mencanak naik. Dah alang-alang masih berada di hospital. Sebelum ni tak berjaya pujuk chef Hubby dan sememangnya beliau tak izinkan. Kali ni sebab aku pergi hospital berseorangan, gigih aku mengisi borang berkaitan sebelum nak derma darah ketika itu.

Dipendekkan cerita..
Aku sememangnya belum layak untuk menderma darah kerana Hb low. Aku GAGAL dalam ujian darah kerana belum mencapai tahap piawaian yang ditetapkan.

'Sikit je lagi kak, kalau tak.. akak dah boleh derma dah. Lain kali akak cuba lagi ye kak.' Ini yang dimaklumkan oleh doctor bertugas.

'Bagi sihat dulu diri tu.' Nasihat Pengarah di tempat kerja.

Dalam hati... takpe, lain kali aku pergi hospital aku nak cuba lagi.

--------------------------------------------------------------------------------



Itu kisah bulan lepas, yang ni pulak kisah pagi semalam..

Lepas selesai rawatan fisioterapi, nekad nak cuba lagi. Selamba isi borang walau tak yakin 100%.. takpelah, kalau tak boleh.. lain kali cuba lagi..


Akhirnya..
Aku BERJAYA dalam ujian kali ni. Puas hati rasanya ditambah dengan layanan kakitangan dan doctor berkenaan, Alhamdulillah aku berjaya MENDERMA DARAH dengan izinNYA.




Puasnya rasa hati bila dapat menderma darah..


TAPI tetap kena bebel dengan peneman sepanjang hayat..
'Dah tau diri tu tak cukup sihat, derma jugak kenapa?'
Ni merujuk kes aku pengsan sampai warded tiga bulan lepas.

'Alah.. abang kan ada.. kata sayang..' hehehe..

'Nak sayang macam mana kalau sendiri tak sayangkan diri sendiri.'
Tak terkata apa dah lepas tu..


StatusHati: Jangan terlalu hanyut.. The choice is yours.



7 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

berjaya juga akhirnya...tu tandanya akk makin shat...jga kesihatan yea...

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..

Kakcik Nur said...

Seumur hidup, hanya sekali kakcik berpeluang menderma darah...

Sue Bee said...

Tahniah, akhirnya tertunai jugak hajat nak derma darah..

LYAfrina said...

Lega kan bila dh lepas hajat.. Xpela, klo time x sihat jgn derma darah..nnti mudarat diri ssh jgk kan.. Lya sdri x pnh derma darah..

Kira Sakura said...

entahhhhhh. betoi kata peneman sepanjang hayat tu. bagi diri sendiri sihat dulu. dah sihat nanti derma la banyak banyak sampai 5 beg pun. ehhhh ter emo pulak hihihihi

Cikna said...

Alhamdulillah... Jaga kesihatan k...;-)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...