Followers Remaja Purba

Friday, December 9, 2016

Bila diri dijangkiti penyakit berjangkit


Banyak kisah yang aku terlepas nak update di sini sebenarnya.
Kisah percutian di Kuantan.. Gambang.. Cherating..
Kisah tak menarik menonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng..
Kisah musim cuti sekolah anak-anak..
Semua masih elok tersimpan dalam draft belum nak publish kan..
Kisah disebalik Best Dress.. oohhh.. yang ni dah publish.. kihkihkih..

Bila dah mula menaip, aku delete balik, lepas tu tu taip pulak ayat lain. Ah! Serabut pulak aku rasa.. Bila dah berulang-kali dok taip kemudian padam.. taip lagi, akhirnya padam terus. Itu yang lama tak berupdate..


Sekarang..
Dah masuk Disember..
Tak lama lagi Januari 2017..
Rasa macam tak puas nak bercuti..
Nak bercuti kena tunggu lampu hijau dari en. Hubby..
Kalau tak.. mereputlah dekat rumah..

Oh!Ye.. semalam aku ada masuk dua acara.. yang ni nanti aku share lain masa..
Rezeki anak-anak dapatlah nanti deme merasa pergi Farm in The City dekat Seri Kembangan nu tapi aku dah nampak dah sape yang excited lebih sekarang ni.. kahkahkah.. Maklumlah.. aku tak pernah merasa pergi lagi..

Bila dah masuk hujung tahun macam ni, paling tak best bila diri dijangkiti penyakit berjangkit.. Batuk, selesema.. dah mula menyerang aku tapi biarlah aku kena sekarang ni dari kena minggu depan sebab aku ada game di Kuala Selangor.

Itu jelah yang aku nak share buat masa ni..
Nanti aku update pasal kisah-kisah yang dekat atas tu.



StatusHati: Rindu awak.. sangat-sangat..



7 comments:

  1. heheheh apa lg kak, minggu dpn kasi pulun abis

    ReplyDelete
  2. memang musim la nak penyakit berjangkit ni sekarang. get well soon :)

    ReplyDelete
  3. musim panas hujan panas hujan...memang batuk, selsema dan demam mudah menyerang.

    ReplyDelete
  4. Salam , Yana singgah sini .. Mungkin agak terlambat untuk say get well soon , jadi Yana cakap jaga dri je la ehh .. =))

    ReplyDelete
  5. moga cepat sembuh yea....kat cni pown ramai yang xshat....

    ReplyDelete
  6. sama la kitorang satu rumah kena penyakit berjangkit ni haaaa

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...