Kisah Hari Ahad Lepas (10 Disember 2016)..
Awal pagi tu aku dah mengadu pada Hubby yang aku rasa lain macam. Dua kali aku terasa begitu dan tak nafikan pagi tersebut aku terbaring lesu, pada aku mungkin disebabkan aku tak cukup tidur.
Waktu Hubby nak pergi kerja aku masih sedar lagi.. dan selepas tu aku hanya sedar ketika aku sampai di klinik. Allahuakbar..!! Hal yang sama juga berlaku ke? Nampaknya kisah pengsan aku yang menyamai kisah aku pengsan di pejabat lebih kurang sebulan yang lepas.. di SINI..
Syukur anak-anak bijak apa patut mereka buat. Dak Adik ke rumah nenek saudara dapatkan bantuan sementara dak Kakak call Babah bagitahu ibu pengsan manakala dak Nuha.. menangis kat sebelah aku. Ini yang diceritakan oleh anak-anak.
Tak tunggu lama.. bila mana klinik panel aku tak nak terima kes aku, berkebetulan Hubby sampai bawa balik ke rumah uruskan diri aku, kemudian kami terus tuju ke Trauma dan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Semua rekod awal ada di situ..
Lebih detail kali ni di mana aku dimasukkan ke dalam Stroke & Neurology Ward.
Hampir 4 botol air dimasukkan ke dalam badan.
Ada hikmahnya bila cuti Hubby ditukarkan..
Penginapan 3 Hari 2 Malam yang ditaja..
Pertama kali dalam sejarah aku kerja Dato' CEO datang melawat anak buah di hospital.
My Dato' CEO..
'Saya tengok takde isi dah, tak usah diet dah lepas ni'
Malam kedua kami dipindahkan ke bilik yang lebih privacy.. amik ko.. staff nurse datang bagi selimut pun kami tak sedar. Tidur.. letih tak sedarkan diri.. kihkihkih..
Polisi hospital mana leh ambil gambar..
Next time aku selfie dengan deme pulak..
Oh!No no no.. No more next time plzzz...
Kenapa aku berada di Stroke & Neurology Ward?
Kisah bila mana, pengsan kali pertama dan kedua ada saksi mengatakan yang aku terkena sedikit sawan. Ditambah buruk bila kali kedua aku pengsan ni, aku jatuh di atas lantai rumah di mana tepi kening dan bawah mata aku lebam - kesan hentakan tersebut. Paling teruk aku rasa bila lidah aku turut tercedera. Aku ingatkan sikit, rupanya teruk. Bayangkan kena gigit sampai tersiat kulit, begitulah keadaan aku. Seksa ooo nak mengunyah makanan.
Sempat buat ujian imbasan otak.. sampai tertidur siap berdengkur.. cheh memalukan je. Next appointment kena buat MRI pulak untuk check lebih detail bahagian kepala.
Bekalan ubat cukup untuk dua bulan until next appointment. Amik ko.. Folic Acid yang aku cuma makan masa mengandung dulu kini aku kena makan hanya disebabkan platelet darah merah aku rendah.
Nak baik kan..?
Nak sembuh kan..?
Dengar dan ikut arahan diberi..?
Buat sementara no diet.. no #perasanSlim..
Itulah sebahagian kecil kenangan penginapan di hospital.
StatusHati: Minggu depan baru masuk kerja..
11 comments:
Semoga itulah kali terakhir Ina pengsan dan mendapat penginapan 'yang sebenarnya tidak percuma' begitu. Semoga segera sihat dan pulih sepenuhnya. Aamiin...
Salam BW...
Ada baca your entry pasal pengsan before.. Hope takde yang serius..
Semoga cepat sembuh ya kawan
huhuhu sapa lah tak risau klu jd gitu ye kak...
nsb pengsan di rumah anak2 pun ada, bkn akak sorang2... lps ni pastikan jgn tinggal sorang2 kt umah kak... klu nk pi mana2 time opis ke apa pastikan ada org yg teman...
harap2nya takde apa yg serius n doc tau naper akak pengsan sampai gitu...
bgs dato ceo akak siap dtg melawat lg... msti anak buah kesayangan nih
rehat kt umah kak, jgn lupe mkn ubat tau
Akak..Allahuakbar..nnt ape2 update plis..result ke ape ker..falsya dh lama xon wassap sbb henfon falsya rosak dari jumaat lepas..akakkkk, take a very good care of yourself aight...
takpe kak. ambil pengajaran ye. lepas ni kena extra jaga diri. akak pun bukan gemuk mana. lagi satu akak jenis aktif bersukan so lemak yang tak baik tu insyaAllah tak sempat nak berkumpul dalam badan. get well soon kak.
love you
:)
Bahaya tu...no more diet please... Moga cepat sembuh.
moga cepat sembuh dan semua nya ok :)
semoga cepat sihat
Cerita sedih tapi boleh buat lawak lagi.
Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera ya
dahsyatnya kak.. smoga cepat sembuh...
Semoga cepat sembuh ya!
Post a Comment