Followers Remaja Purba

Thursday, September 24, 2009

Sehari sebelum RAYA, check up at PPUM

19 SEPTEMBER 2009 (Sabtu)

PAGI:
Kakak Irah tny:
- kita nak pergi mana ibu?
- pergi hospital nak tukar balutan tangan adik.
- ooo… pastu ibu?
- kite baliklah sebab hari ni ibu nak kemas rumah, esok kan nak raya.
- raya? yeye… nak pakai baju cantik.

Sedih aku, tapi macam mana pun akan ku usahakan agar dapat balik kampung beraya walaupun sekejap.


Memandangkan skrg time cuti so appointment aku kena buat kat Trauma & Kecemasan, PPUM, daftar kemudian diorang akan panggil Dr. Margaret. Masa tengah tunggu diorang daftar tu Dr. Margaret datang bising+marah, ada miss communication dengan staff kat situ tapi dia cepat sejuk. Hubby pula tak boleh jalan sangat sebab ‘hamstring’, gara-gara main badminton.

Aku dukung ammar, kakak Irah terkedek-kedek ikut aku. Laju gila doc tu jalan, mungkin sebab dia nak cepat ada patient dah tunggu, kebetulan dia tengah free & nak cpt kut tu yang aku pun turut kena tempiasnya.

Ammar biasalah, nampak je kelibat doc Margaret mula dah merengek tak nak, nak pulak kena baring atas katil kat dalam M.O (Minor OT) tu tapi nak bagi sembuh cepat kenalah buat sebab kami semua nak ammar cepat sembuh.


Gambar anak-anakku selepas selesai 'dressing', posing sementara tunggu babah dorang melepaskan hajat, hahaha.



Kitorang pergi ChowKit beli baju raya - last minute. Plan asal nak pergi malam nanti tapi kebelakangan ni asyik hujan je jadi taknak ambil risiko dan lagipun malas nak buang masa dan minyak, maka kitorang teruskan juga - senang sekali jalan je.

Masuk je KL, dah mula jem (baru pukul 10 am), lagi teruk sepanjang jalan di ChowKit. 3, 4 kali jugalah pusing cari parking paling hampir dengan tempat yang aku nak singgah tu, hubby pun bukan boleh jalan sangat. Akhirnya dapat jugalah baju raya untuk aku. Aku tak suka nak berlama-lama kat situ rasa macam bukan dalam negara sendiri.


RUMAH:
Ada hikmah rupanya tak keluar malam sebab hujan lebat. Aku kat rumah dah keletihan, beg baju pun tak kemas lagi untuk balik kampung. Hubby dok ajak keluar, aku malas nak buka mata. esok nak bangun awal. Aku terlupa malam tu ‘malam pesta’ pasang pelita kat area rumah aku. Rasa rugi pula tak keluar malam, takpelah tunggu tahun depan kalau panjang umur.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...