Followers Remaja Purba

Tuesday, September 15, 2009

appointment 4 MQA at PPUM

15 SEPTEMBER 2009 (Selasa)

PAGI
Hantar kakak ke umah pengasuh (pengasuh tengah buat kuih raya, nanti nak minta sikit, hehehe), kemudian ke PPUM Bahagian Unit Cucian Luka, Menara Utama, appointment ammar dengan doctor Margaret.

Sebelum tu aku bagi adik morfin (untuk tahan sakit masa buka balutan tangan dia nanti). Sementara nak tunggu Doc Margaret sebab dia ada kat wad 6U, aku bagi ammar makan roti & air vitagen, lagi baik hati staf nurse kat pusat derma darah tu bagi muffin & gula-gula, lagilah dia suka. Kebetulan masa tu ammar sorang je budak-budak kat laluan depan tu.

Tengah dok leka ammar secara tak sengaja tertendang air vitagen kat tangan hubby, tumpah kena baju aku, yang ta bestnya hilang bau minyak wangi digantikan pewangi baru – vitagen. Ammar2.

Doc Margaret sampai pukul 11 am, si ammar nampak je doc Margaret dah mula merengek-rengek, mula-mula tu ok lagi, bila letak je atas katil terus meraung, pujuk pun tak nak dah - meraung-raung dia.


Ammar sedang di periksa


Lepas doc dah buka balutan kat peha ammar, diorang buka pula balutan kat tangan ammar. Aku tengok reaksi doc Margaret macam tak puas hati dengan keadaan tangan ammar sebab ‘basah’. Nak buat macam mana sebab tangan ammar memang jenis mudah berpeluh tapi takdelah nampak teruk sangat cuma lepas ni kami kena kerap ke hospital untuk rawatan lanjut – tukar balutan tangan ammar tu, ikut pengalaman dulu selang sehari mesti kena tukar tapi tengoklah Khamis ni apa kata doc sebab hujung minggu ni kan dah raya.


Letihlah hari ni, perasaan bercampur-aduk, dahlah nak raya, anak pula macam tu.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...