Fasa PJJ ini bukan sekadar tentang jarak. Ia juga tentang belajar mengurus rutin yang berubah, membuat keputusan sendiri, memastikan rumah serta keluarga terus berjalan seperti biasa. Setiap hari ada cerita yang berbeza. Ada hari yang tenang, ada hari yang penuh debar. Aku hanya berharap satu.. moga semua yang aku sayang sentiasa berada dalam keadaan baik-baik.
18 Julai 2026 - Sabtu [3 Safar 1448H]
Pagi..
Hujan mengiringi perjalanan. Dalam debar, aku memandu Mr. Black merentasi tiga buah negeri untuk menghantar dan mengambil barang dak Kakak. Aku kena kekal tenang dan fokus supaya tak tersalah keluar di exit.
Kalau aku memandu di laluan yang jarang aku lalui, memang macam ni. Radio kena tutup. Badan tegak. Kedua-dua belah tangan di stereng. Mata fokus ke depan. Jari sentiasa bersedia memberi isyarat kiri atau kanan. Memang tak boleh bersembang. Sekali orang ajak berbual, alamatnya otak terus 'masuk alam lain'. Tapi kalau en. Hubby jadi co-pilot, lain pula ceritanya, otak aku terus jadi error. Hilang keyakinan, asyik bertanya.. 'Masuk kiri ke kanan atau terus je?'.
Sebaik sampai di tempat dak Kakak, sementara menunggu, aku sempat tengok whatapps. Terkejut aku bila jiran taman send gambar seekor kucing di dalam group bertanya siapa pemilik kucing tersebut. Berderau darah aku sebab kucing tu hampir seiras dak Jasmine.
Menjadikan hati aku tak tenang nak memandu balik. Dahlah ketika itu aku berada jauh dari rumah. Bila aku tanya dak Kakak dan dak Nuha, mereka berdua yakin itu bukan dak Jasmine. Kata mereka, dak Jasmine ada di dalam rumah, tak keluar.
Ini gambar kucing dalam dalam group whatapps taman aku.
Ini pula dak Jasmine
Ada beza pada hidungnya, dak Jasmine punya warna kelabu.
Alhamdulillah.. lega sikit hati, bolehlah kekal tenang memandu balik.
Tengah hari..
Dalam perjalanan pulang, dak Nuha request nak makan sardin masak sambal, telur dadar dan pucuk ubi rebus. Sampai saja di rumah, terus aku masuk dapur. Penat aku tolak ke tepi — yang penting, hajat anak nak makan tertunai. Alhamdulillah, kenyang..
Petang..
Kembali berdua dengan dak Nuha, sunyi rumah bila tak cukup korum ni.
Malam..
Hujan yang turun sejak pagi bersambung lagi dari petang hingga ke malam. Bila hujan berlarutan begini, hati aku mula rasa risau. Sudahlah sekarang aku sedang melalui fasa PJJ dengan en. Hubby. Moga semuanya sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
— Fasa PJJ —
Perjalanan boleh meletihkan.. Hujan boleh merisaukan.. tapi hati akan kembali tenang bila tahu semua yang kita sayang selamat di tempat masing-masing.
#RemajaPurba: ..


No comments:
Post a Comment