Ketika orang lain berkongsi cerita dan kisah menarik di platform socmed, aku pula lebih selesa meluah rasa di sini. Bukan tak nak berkongsi di platform lain, cuma di sinilah tempat yang paling selesa untuk aku menjadi diri sendiri. Blog ini ibarat sebuah diari, tempat aku menyimpan kenangan, melepaskan rasa yang adakala diluahkan secara tersirat.
Bukanlah untuk mencari perhatian cuma untuk menyimpan perjalanan. Andai suatu hari nanti aku terlupa bagaimana aku pernah bertahan, blog ini akan mengingatkan bahawa aku pernah melalui semuanya — satu demi satu.
Terima kasih juga buat awak yang masih sudi singgah di blog ini. Walaupun aku kadang-kadang mengambil masa untuk kembali menziarahi blog awak, percayalah setiap kunjungan itu sangat aku hargai.
— Bukan semua cerita perlu ke socmed —
Bila emosi menulis, cerita mungkin melepaskan rasa.
Bila hati sudah tenang menulis, cerita itu akan meninggalkan makna.
#RemajaPurba: Diam sekeltika lebih kuat daripada seribu patah perkataan..
No comments:
Post a Comment