14 Julai 2026 - Selasa [28 Muharram 1448H]
Sejak tengah malam tadi, kawasan sekitar perumahan kami terganggu tanpa talian internet. Aku syak ia ada kaitan dengan kejadian semalam, sebuah lori tersangkut pada wayar elektrik — kisah ni nanti aku cerita. Dalam hati dah terdetik, silap-silap jangan kata elektrik, line internet rumah pun terbabit sama.
Rupa-rupanya sangkaan aku memang betul. Sejak tengah malam tadi, talian internet masih belum pulih tapi syukur juga tidak melibatkan elektrik. 'Ini kalau elektrik dan internet takde, macam mana nak buat kerja?'. Mujurlah line handphone boleh digunakan sebagai hotspot. Kalau tidak, memang tergendalalah segala urusan. Aku pula hari ini bekerja dari rumah kerana perlu menguruskan pengangkutan dak Nuha ke sekolah sebab van sekolahnya cuti sehari atas urusan peribadi.
Anak-anak pula dah mula mengeluh. Nak tengok Netflix pun tak boleh. Sesekali bila tiada internet, terus suram hidup masing-masing.
Bila jadi macam ni, terus teringat kejadian kecurian kabel internet beberapa tahun lepas. Awalnya kami sangka kerja-kerja penyelenggaraan, rupa-rupanya kabel internet dicuri. Kejadian sama berulang dua tiga kalilah tiap kali malam raya. Malam raya? Tak payah berharap sangat nak layan internet sebab memang dah tahu bekalan terputus. Kita sibuk nak update persiapan raya, deme pula sibuk potong kabel. Yea.. esok raya tapi si pencuri kabel paling gembira.
Syukurlah selepas beberapa kejadian, ia tak lagi berulang. Sekarang jika tiada line internet, biasanya sama ada bil tertunggak ataupun memang kawasan sekitar sedang mengalami gangguan atau kerja-kerja penyelenggaraan.
Ketika entry ini ditulis.. Alhamdulillah.. masalah telah selesai sepenuhnya dan buat pemandu lori tersebut, jadikan pengajaran — ini bukan jalan persekutuan tapi jalan kampung.
— Bila Offline —
Kadang-kadang bila internet terputus, barulah kita sedar betapa banyak urusan harian bergantung kepadanya.
#RemajaPurba: Internet hilang beberapa jam pun dah rasa gelisah, inikan pula hampit seharian.
No comments:
Post a Comment