04 Julai 2026 - Sabtu [18 Muharram 1448H]
Hujung minggu selalunya sinonim dengan pelbagai rancangan tapi aku kena perlahankan langkah. Bila badan mula memberi isyarat, mungkin inilah masanya untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Pagi..
Hujung minggu selalunya sinonim dengan pelbagai rancangan tapi aku kena perlahankan langkah. Bila badan mula memberi isyarat, mungkin inilah masanya untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Pagi..
Bangun pagi, terasa pinggang sebelah kanan aku sakit. Sakitnya sampai nak berjalan pun tak boleh. Semalam badan dah mula rasa tak sedap, hari ini ditambah pula dengan sakit pinggang. Betul-betul terasa 'purba' Mak Budak kali ni.
Tengah hari..
Aku cuma masak tomyam, menu ringkas untuk makan tengah hari. Lagipun dak Nuha tak berapa berselera nak makan. En. Hubby pula, lepas balik kerja pagi tadi terus berehat. Selesai lunch, aku makan ubat dan rehat — biar pinggang cepat baik.
Dak Nuha..?
'Ibu.. boleh tak Nuha nak tidur je hari ni, esok baru bangun?' — Alahai anak.. dia punya letih macam baru lepas pikul batu-bata.
'Pergilah tidur Nuha, kalau lapar nanti, bangunlah makan'.
Aku..?
Badan perlukan rehat, jadi jomlah rehat. Bagi betul-betul pulih agar tak susahkan orang lain.
Malam..?
Aktivti hanya di dalam rumah — berehat.
Moga aku cepat sembuh kerana nikmat sihat itu benar-benar terasa nilainya bila badan mula memberi isyarat untuk berehat seketika.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment